Bekas bintang Arsenal, Thierry Henry bakal memulakan tugas selaku jurulatih AS Monaco apabila berkunjung ke Strasbourg pada hari Sabtu ini untuk saingan Ligue 1.
Henry berdepan tugas berat untuk menyelamatkan kelab yang pernah menjadi juara liga Perancis dan layak ke separuh akhir Liga Juara-Juara 2017, tetapi kini menduduki tangga ke-18 daripada 20 pasukan dan hanya menang satu dari sembilan perlawanan.
https://twitter.com/City_Watch/status/1052579152694366209?s=19
“Kelab ini sentiasa mempunyai tempat amat besar di hati saya,” kata Henry kepada wartawan semalam.
“Jadi untuk datang ke sini dan bermula semula umpama menjadi impian saya menjadi kenyataan.
“Tetapi banyak kerja perlu dilakukan, seperti apa yang boleh anda bayangkan tetapi saya berasa lebih gembira kerana dapat berada di sini,” katanya.
Thierry Henry on what success would look like at AS Monaco: “For me, a coach is supposed to make people better.
“First, the player. Second, the player. Third, the player. That’s the most important thing, enjoy the game. Improving players for me is a success." pic.twitter.com/TVQ4poZu1e
— Squawka Live (@Squawka_Live) October 17, 2018
Bekas pemain berusia 41 tahun itu menggantikan jurulatih dari Portugal Lenardo Jardim yang dipecat selepas kurang enam bulan membimbing Monaco menduduki tangga kedua dalam carta liga sejak muncul juara pada 2000.
Henry adalah penolong jurulatih skuad kebangsaan Belgium yang menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018 selepas tewas kepada Perancis di separuh akhir.
Penyerang muda Perancis, Kylian Mbappe yang memulakan karier bersama Monaco akan kembali beraksi bersama pasukan juara, Paris St Germain menentang Amiens di laman sendiri pada Sabtu ini selepas menjaringkan gol menerusi penalti lewat untuk membantu Perancis mencatatkan keputusan seri 2-2 dengan Iceland dan membantu menewaskan Jerman 2-1.