UCL: Thierry Henry Terus Merana, AS Monaco Dibelasah Club Brugge Di Halaman Sendiri

Thierry Henry masih gagal mencipta sebarang kemenangan bersama AS Monaco sejak beliau mengambil alih jawatan pengurus di kelab itu – menggantikan Leonardo Jardim – pada bulan lalu.

Thierry Henry kini sudah 5 perlawanan masih belum merasai sebarang kemenangan bersama dengan AS Monaco. Pasukan yang menjadi juara Ligue 1 pada 2016/17.

Sebelum ini AS Monaco di bawah kendalian Henry tewas di tangan Strasbourg dan Reims, seterusnya hanya mampu seri dengan Dijon dan Brugge.

Beberapa hari lalu beliau melontarkan kritikan terbuka kepada pemainnya selepas tewas kepada Reims.

Dalam perlawanan UCL – pusingan kedua peringkat kumpulan – menentang Club Brugge – AS Monaco telah dibelasah oleh pasukan dari Belgium itu di hadapan penyokong sendiri.

Pasukan pelawat menjaringkan 3 gol pada separuh masa pertama di Stade Louis. Hans Vanaken membuka tirai jaringan pada minit ke-12. Beliau menambah 1 lagi gol – 5 minit selepas itu – menerusi sepakan penalti.

Keadaan menjadi semakin teruk untuk ditelan penyokong AS Monaco – yang sebelum ini marah dengan para pemain dan Thierry Henry. Ini apabila pada minit ke-24 Wesley Moraes menjaringkan gol ke-3 untuk pasukan pelawat.

AS Monaco bergelut dengan prestasi mereka sekali lagi. Mereka gagal untuk lebih tajam dan lebih kreatif. 3 gol pendahuluan itu terlalu besar untuk mereka kejar. Pada minit ke-85, keadaan menjadi daripada buruk kepada parah apabila Ruud Vormer menjaringkan gol ke-4.

AS Monaco tewas 0-4 kepada Club Brugge. Keputusan ini meletakkan AS Monaco kekal dengan hanya 1 mata selepas 4 perlawanan. Mereka menghuni tangga ke-4 dalam kumpulan A.

Harapan untuk mara ke pusingan kalah mati dilihat sudah semakin mustahil. Sasaran mereka kini adalah untuk mara ke Europa League menerusi tiket tempat ke-3 dalam kumpulan.

Pada 12 November ini, AS Monaco akan melayan kunjungan PSG dalam saingan Ligue 1.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN