Henrikh Mkhitaryan Berharap Unai Emery Dapat Bawa Semangat Baharu Buat Arsenal

Mkhitaryan

Pemain tengah dari Armenia, Henrikh Mkhitaryan berharap pengendali baharu Arsenal, Unai Emery dapat memberikan idea baru dalam usaha memacu kelab tersebut kembali bersaing hebat bagi merebut kejuaraan utama.

Pengendali dari Sepanyol berusia 46 tahun itu telah diumumkan secara rasmi sebagai pengganti Arsene Wenger yang mengumumkan pengunduran selepas 22 tahun menabur bakti buat The Gunners.

Selepas melakar rekod tanpa kalah ketika menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2003/04, ia merupakan kejuaraan liga terakhir buat Arsenal sehingga kini.

Selepas itu, hanya empat mahkota Piala FA sahaja menjadi pengubat kedukaan buat para penyokong walaupun Arsenal merupakan sebuah pasukan yang boleh dianggap gergasi dalam kancah bola sepak England.

”Saya berharap dia (Unai Emery) dapat membawa idea taktikal dan semangat yang baru buat Arsenal. Saya juga berharap  dia akan berjaya,” jelas Mkhitaryan bercakap kepada Vivaro News.

”Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu dengannya, kami tidak mempunyai masa untuk bercakap antara satu sama lain.”

”Saya juga tidak pernah bercakap dengan rakan sepasukan mengenai dia dan saya ingin berjumpa dengannya.”

”Semua orang dalam kelab ini adalah profesional. Semua orang tahu apa yang dia perlu lakukan dan apa yang dia harapkan untuk lakukan.”

Henrikh Mkhitaryan turut berkongsikan detik sukar skuad Arsenal untuk menerima pengunduran Arsene Wenger.

”Bukan hanya para pemain tetapi kesemua kakitangan turut berasa sedih. Bukan mudah untuk menangani pemergian seseorang yang telah mengendalikan pasukan ini selama 22 tahun.”

”Anda tidak dapat bayangkan bagaimana terkejutnya semua orang mengenai suasana yang telah diciptakannya. Sekiranya dia memilih untuk kekal bagi tempoh 10 tahun lagi, tiada seorang yang boleh menentangnya.”

Dalam pada itu, Mkhitaryan yang menyertai Arsenal pada jendela perpindahan musim sejuk itu mahu kelab London tersebut kembali bangkit untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.

”Keutamaan kami adalah untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara Eropah tetapi kami gagal melaksanakannya.”

”Kami berjuang untuk itu tetapi segala boleh berlaku dalam bola sepak. Kami akan fokus pada musim hadapan dan akan kembali ke saingan Liga Juara-Juara Eropah dalam dua musim lagi.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN