Henderson Pilih Kekal Bersama Liverpool Sehingga 2023

Kapten pasukan, Jordan Henderson telah menandatangani kontrak baharu selama lima tahun bersama Liverpool untuk kekal bersama kelab Merseyside itu sehingga 2023.

Henderson tiba di Anfield dari Sunderland pada 2011 ketika Liverpool di bawah kendalian Kenny Danglish. Kontrak baharu ini akan memastikan Henderson kekal di Anfield lebih dari 10 tahun sejak menyertai The Reds.

(Photo by James Williamson – AMA/Getty Images)

Dalam satu temuramah selepas mengesahkan akan kekal, Henderson berkata tiada kelab lain yang beliau ingin terus bermain bersama selain daripada Liverpool.

“Tidak ada tempat lain di dunia ini di mana saya ingin terus bermain bola sepak. Saya mahu terus kekal bersama kelab ini selama yang boleh,” ujar Henderson.

“Masa berlalu begitu pantas. Ia seperti saya baru menyertai kelab ini semalam ketika menandatangani kontrak pertama saya.”

“Namun sebenarnya banyak perkara telah saya lalui di sini sepanjang tempoh itu,” tambah Henderson lagi.

Henderson telah dilantik sebagai kapten Liverpool selepas Steven Gerrard meninggalkan kelab Merseyside itu untuk karier di Amerika Syarikat.

Lilitan kapten itu mulai digunakan oleh Henderson ketika Brendan Rodgers bergelar pengurus di Anfield, dan peranan itu terus dikekalkan oleh Jurgen Klopp ketika pengurus Jerman itu tiba beberapa musim yang lalu.

(Photo by Sebnem Coskun/Anadolu Agency/Getty Images)

Peningkatan prestasi Henderson terutama di bawah kendalian Klopp juga tampak menyerlah. Beraksi sebagai pemain tengah pertahanan, Henderson adalah watak penting untuk Liverpool pada kempen musim lalu, dan menyaksikan mereka mara sehingga ke perlawanan akhir UEFA Champions League, sebelum tewas kepada Real Madrid.

Henderson juga adalah pemain pertahanan tengah pilihan pertama Gareth Southgate bersama skuad kebangsaan England. Pemain tengah berusia 28 tahun itu tampil dalam lima perlawanan untuk The Three Lions sepanjang kempen Piala Dunia di Rusia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN