Hein Htet Aung Catur ‘Game’ Selangor Lepas Sambung Kontrak

Hein Htet Aung Selangor Kedah Liga Super 2021

Ketika Selangor FC menewaskan Kedah Darul Aman 4-2 pada Jumaat, kelibat pemain import berusia 19 tahun dari Myanmar, Hein Htet Aung turut mencuri tumpuan.

Ini kerana keupayaannya mencatur permainan ketika The Red Giants membuat asakan sangat mengagumkan bagi pemain yang berusia muda sepertinya. Nampak ada sisi kematangan dari segi permainan yang telah ditonjolkannya pada malam itu.

Dua assist adalah bukti bahawa beliau terlibat dalam setiap asakan Selangor ke kubu tuan rumah yang bergelut selepas kehilangan bek tengah, Renan Alves yang telah dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan seawal minit ke-27 perlawanan.

Aidil Sharin Tak Salahkan Pengadil, Tak Nampak Apa Yang Renan Alves Buat

Hampir sejam beraksi tanpa Renan Alves, Kedah cuba untuk memberikan tentangan, namun ternyata kelebihan satu pemain yang dimiliki oleh Selangor membantu mereka.

Hein Htet Aung bukanlah watak tumpuan kerana namanya masih tidak segah pemain lain lagi. Malah, bek kiri yang berusia 20 tahun, Jordan Ayimbila lebih dikenali ramai selain beberapa pemain muda lain seperti Sharul Nazeem yang bermain di benteng.

Beliau mungkin dikenali hanya kerana hukuman yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terhadapnya selepas mempamerkan simbol yang didakwa ‘berbaur politik’ sewaktu aksi Liga Premier menentang PDRM FC pada 6 Mac lalu.

Hukum Pemain Selangor 2, Adakah FAM Tiada Nilai Kemanusiaan?

Malah, penjaga gol berpotensi, Sikh Izhan Nazrel yang tampil buat kali pertama malam itu menggantikan Khairulazhan Khalid lebih dikenali ramai berbanding dirinya.

Namun, mungkin selepas pengurusan Selangor telah menyambung kontraknya, Hein Htet Aung mempamerkan satu aksi menarik bagi membalas kepercayaan mereka.

Setakat ini, pemain yang boleh dikatakan seorang ‘playmaker’ itu telah diturunkan dalam lapan perlawanan dengan enam daripadanya dalam kesebelasan utama.

Rahmat buatnya dan pemain-pemain muda lain di kem Selangor, siri kecederaan yang sering mengganggu skuad utama memberikan mereka ruang untuk membuktikan kemampuan dan keupayaan mereka dalam pentas saingan yang lebih tinggi.

Bukan mudah untuk pemain berusia lingkungan 19 hingga 21 tahun membarisi skuad utama sesebuah pasukan di Liga Malaysia, namun saat ini, kudrat mereka diperlukan.

Untuk rekod pada minggu ke-17 Liga Super, Selangor telah muncul pasukan termuda mengatasi Terengganu FC yang dicanang membina skuad muda untuk masa depan.

 

Dalam aksi menentang Kedah, Hein Htet Aung telah menonjolkan kepintaran dan ketenangannya mengawal jentera tengah Selangor. Beliau juga menjadi nadi penting buat The Red Giants dalam membina asakan ke kubu tuan rumah pada malam itu.

Hantaran lintangnya ke dalam kontak penalti Kedah pada minit ke-30 telah disambar oleh seorang lagi pemain meningkat naik, Danial Asri untuk gol kedua mereka.

Dan pada minit ke-74, walaupun dikawal dua pemain, Hein Htet Aung masih mampu membuat lorongan kemas membantu Ifedayo Olusegun meledak gol ketiga pelawat.

Menurut wartawan The Star, T. Avineshwaran, ejen pemain tersebut mendedahkan kontrak pemain itu telah disambung untuk satu tempoh yang tidak dimaklumkan, namun kita akan dapat menyaksikan kelibatnya lagi untuk satu tempoh masa.

Mungkin Selangor juga boleh mula mempertimbangkan untuk menyambung kontrak beberapa pemain muda lain lagi seperti Jordan Ayimbila yang dilihat sangat menjadi.

Selepas 18 perlawanan, Selangor yang sentiasa menerima kecaman pada awal musim lalu kini sudah berada di tangga ke-4 liga dengan 29 mata, tiga mata di depan Kedah dan hanya dua mata di belakang Penang FC yang menduduki posisi ketiga Liga Super.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN