Hector Cuper Senaraikan Sanjar Shaakhmedov Untuk Sertai Skuad Kebangsaan Uzbekistan

Sanjar Shaakhmedov

Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Uzbekistan, Hector Cuper telah memanggil pemain perancang tengah Terengganu FC, Sanjar Shaakjmedov dalam senarai 24 pemain bagi persediaan menghadapi perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Di dalam senarai tersebut, Sanjar adalah salah seorang daripada lima pemain yang berpengkalan di luar Uzbekistan, selain daripada Dostonbek Tursunov (Japan), Odil Akhmedov (China), Ikrom Alibaev (Korea Selatan), dan Eldor Shomurodov (Rusia).

?? PANGGILAN SKUAD KEBANGSAAN UZBEKISTAN : SANJAR SHAAKHMEDOV ??

Pemain tengah pasukan Terengganu FC, Sanjar…

Posted by Terengganu Football Club on Thursday, August 22, 2019

Prestasi baik Sanjar yang sehingga kini telah menjaringkan 11 gol dalam semua pertandingan untuk Terengganu FC, pantas menarik perhatian bekas jurulatih Piala Dunia Mesir, Hector Cuper untuk memperkuatkan cabaran Uzbekistan.

Pemain tengah ini pernah dipanggil untuk menyertai skuad Uzbekistan sebelum ini, namun tidak pernah diturunkan beraksi.

Hector Cuper mulai mengendalikan skuad kebangsaan Uzbekistan selepas mengendalikan Mesir di saingan Piala Dunia di Rusia pada tahun lalu.

Negara tersebut tidak pernah beraksi di pusingan terakhir Piala Dunia, dan tempat terbaik di pertandingan Piala Asia ialah tempat keempat pada kejohanan edisi 2011 di Qatar.

Sanjar dijangka akan pulang  ke negranya untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan Uzbekistan selepas perlawanan menentang Negeri Sembilan di pertandingan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN