Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hector Bidoglio nampaknya mahu tampil dengan lebih serius pada aksi Liga Super 2024/2025 hari ini membabitkan pasukannya sebelum menghadapi cabaran Sri Pahang.
Walaupun atas kertas segalanya dilihat lebih memihak kepada JDT, tetapi pengendali berpengalaman itu enggan mengambil sebarang pendekatan mudah serta tampil waspada akan ancaman lawan.
Terdahulu, JDT bakal melayan kunjungan Sri Pahang yang hadir dengan status tuan rumah di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, Johor bagi saingan Liga Super 2024/2025 dalam misi kedua pasukan untuk merebut keputusan positif.
Setakat ini, JDT boleh dikatakan berada pada momentum cukup baik selepas mereka masih tidak mencipta sebarang kekalahan di pentas domestik.
Malah rekod pertemuan kedua pasukan tersebut pada pusingan pertama Liga Super 2024/2025 lalu juga jelas memihak kepada JDT yang meraih kemenangan 3-0 ke atas pasukan Tok Gajah.
Walaupun begitu, beberapa perubahan mungkin berlaku pada perlawanan ini dengan kedua pasukan sudah tentu akan mencipta sedikit perubahan dalam persiapan sebelum mengharungi aksi tersebut.
Jelas Bidoglio, beliau mahu para pemain kendaliannya tampil lebih konsisten serta agresif berdepan Sri Pahang setelah dirinya kurang berpuas hati akan aksi dipamerkan Harimau Selatan ketika berdepan Kuala Lumpur City (KL City) lalu.
Pada aksi lalu menyaksikan JDT mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas KL City bersama aksi cukup sengit ditampilkan oleh kedua pasukan sepanjang saingan berlaku.
Ini kerana, setiap perlawanan diharungi mereka adalah berbeza dan JDT wajar memberi tumpuan penuh pada saingan liga pula setelah menempuh cabaran Piala Malaysia lalu.
“Banyak perkara yang harus kami memperkemaskan lagi apabila berdepan Sri Pahang terutama skil permainan individu yang tidak berkesan ketika menentang KL City malah kami juga perlu tingkatkan lagi corak permainan berintensiti tinggi.
“Kami juga perlu memperkemaskan benteng pertahanan dan saya agak terkilan selepas KL City mampu menjaringkan gol malah ia boleh dielak jika pemain pertahanan memberi lebih fokus dan mengawasi setiap pemain lawan,” kata beliau menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.
Ketika ini, JDT terus unggul di puncak liga menerusi 14 kemenangan daripada 15 perlawanan dihadapi untuk mengumpul 43 mata secara keseluruhan.
Sementara Sri Pahang tampil sedikit tidak konsisten daripada 13 perlawanan menerusi tiga kemenangan sahaja baru dicatat untuk berada pada kedudukan kelapan Liga Super bersama 15 mata dikumpul skuad kendalian Fandi Ahmad.