Hector Bidoglio Ramal JDT Bakal Tampil Terbuka Untuk Hadapi Shandong Taishan

Pengendali utama Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Hector Bidoglio pastinya menjadi antara jurulatih paling sibuk kini membuat persiapan rapi buat pasukannya sebelum mereka menghadapi aksi seterusnya di pentas AFC Champions League Elite (ACLE).

Selepas tampil cemerlang pada aksi lalu ketika menewaskan wakil kelab dari Korea Selatan iaitu Ulsan HD, sudah tentu semangat beliau semakin membuak-buak untuk meneruskan momentum tersebut.

Apatah lagi beliau tidak menghadapi sebarang isu kecederaan dalam kalangan pemain di setiap posisi untuk digunakannya pada hari ini berdepan cabaran kelab berkenaan di pentas Asia.

Walaupun begitu, dirinya tidak dapat menafikan JDT mungkin akan berdepan cabaran getir daripada Shandong Taishan yang berkelebihan selaku tuan rumah.

Ditambah pula tuan rumah turut memiliki beberapa pemain berkualiti tinggi termasuk empat tonggak tempatan yang bermain untuk skuad kebangsaan China kini.

Malah, Shandong Taishan turut memiliki beberapa pemain import berkualiti yang menjadi tunjang utama pasukan tersebut di segenap posisi terutama serangan.

Beraksi di persekitaran berbeza, jelas wakil dari Malaysia itu bakal menghadapi cabaran getir kerana suhu di tempat lawan kini mencecah sekitar 8 darjah selsius selain faktor sokongan penyokong di sana.

“Kami akan berdepan kelab hebat dari China ketika dalam keadaan cuaca sejuk dan ia tugas mencabar buat kami tatkala beraksi di tempat lawan namun persiapan rapi bagi menghadapi saingan ACLE sudah dibuat apabila kami datang awal ke sini untuk menjalani latihan bagi keadaan cuaca.

“Prestasi kami di saingan ACLE tampak berada di tahap memuaskan dan kami harus terus meningkatkan lagi prestasi dan mengekalkan momentum permainan berkualiti selain kekal dengan corak menyerang pada perlawanan itu nanti.

“Sememangnya ia cukup penting bagi kami bermain di tempat lawan dan fokus utama pasti mahu melakar kemenangan apabila berdepan Shandong Taishan untuk kekal di kelompok lapan pasukan terbaik dalam Kumpulan Zon Timur,” kata beliau menerusi perkongsian Harian Metro.

Pada masa sama, Bidoglio sendiri mengakui beliau lega selepas pemainnya bebas daripada siri kecederaan selain memberi peringatan kepada Murilo supaya berhati-hati kerana telah telah mengumpul dua kad kuning.

“Hanya Murilo sahaja sudah mengumpul dua kad kuning dan dia perlu mengelak daripada dihukum lagi jika saya menyenaraikannya dalam kesebelasan utama malah kesemua pemain berada pada tahap kecergasan terbaik,” kata Bidoglio.

Untuk aksi hari ini, dijangka Bidoglio bakal mempertaruhkan bintang muda Harimau Malaya, Arif Aiman sebagai tunjang utama pasukan itu untuk menghadapi lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN