Hector Bidoglio Harap JDT Mampu Jaga Dua ‘Ubi’ Baharu Kelab

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Musim ini Johor Darul Ta’zim (JDT) sekali lagi mencuri tumpuan kerana kejayaan mereka yang mempamerkan aksi cukup cemerlang di peringkat domestik dan Asia bagi saingan AFC Champions League (ACL).

Selain berjaya menggenggam kejuaraan Piala FA dan Liga Super ketika ini, pasukan tersebut juga telah mencuri tumpuan menerusi dua bakat baharu mereka yang telah diberi peluang beraksi.

Dua pemain tersebut ialah Daryl Sham serta Feroz Baharudin yang sebelum ini telah menjadi antara tonggak penting bersama JDT II dalam saingan Liga Premier.

Malah, aksi kedua pemain tersebut juga turut diakui sendiri oleh jurulatih utama pasukan tersebut iaitu Hector Bidoglio.

Beliau menyifatkan kedua pemain itu mempunyai masa depan sangat cerah dan mempunyai kualiti bagus untuk terus diketengahkan berdasarkan prestasi semasa.

Walaupun begitu, Bidoglio enggan kedua pemain ini terus berasa selesa dan menuntut agar mereka terus bekerja lebih keras jika mahu kekal dalam skuad utama pada masa akan datang.

“Mereka berdua adalah pemain yang penting yang perlu dijaga untuk kelab ini kerana bermain dengan baik setakat ini.

“Tetapi jika ingin terus bermain untuk skuad utama JDT, mereka tidak boleh berhenti berusaha dan banyak benda yang masih perlu dilakukan oleh mereka.

“Mereka juga berlatih dengan baik dalam setiap latihan dan sikap ini adalah baik untuk mereka memberikan sesuatu kepada kelab nanti”, jelasnya menerusi MFL.

Pada masa sama, Feroz yang beraksi sebagai pertahanan JDT itu sendiri berasa sangat bangga kerana diberi peluang untuk beraksi dalam perlawanan akhir sainga Liga Super ketika menentang Sabah.

Menurut Feroz, ketika ini dirinya semakin selesa beraksi bersama rakan sepasukan lebih senior di skuad utama, dan usahanya dianggap berbaloi apabila berjaya dipilih beraksi dalam kesebelasan utama dalam tiga perlawanan saingan Liga Super musim ini.

“Peranan saya sangat besar apabila dapat beraksi dalam kesebelasan utama malam ini (Sabtu) dan terima kasih kepada semua terutamanya TMJ (Tunku Mahkota Johor) yang memberi peluang kepada saya.

“Alhamdulillah kami memperoleh kemenangan dan saya bersyukur dalam tiga perlawanan yang saya main dapat buat yang terbaik.

“Apa yang penting saya lega apabila dapat membuktikan kemampuan dan sekarang pun sudah boleh menyesuaikan diri dengan pemain-pemain senior lain dengan baik”, jelasnya.

Sumber:
MFL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN