Hebei Fortune tewaskan Kedah dalam aksi persahabatan tertutup yang dilangsungkan di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Sebanyak 6 gol terhasil dalam aksi perlawanan tersebut dengan 4 gol untuk Hebei Fortune yang dikendalikan oleh Manuel Pellegrini. Sementara 2 gol dihasilkan dari pemain pasukan Kedah.
Gol untuk pasukan Kedah terhasil dari jaringan Liridon Krasniqi menerusi sepakan penalti manakala Syazwan Zainon pula menjaringkan gol kedua pasukan Kedah pada minit-minit akhir perlawanan.
Sesi perlawanan tersebut disifatkan sebagai sesi yang cukup berguna untuk para pemain Kedah kerana mereka beraksi dengan antara pasukan terbaik dari Asia Timur.
Haramkan ulang tayang
Jurulatih Kedah, Tan Cheng Ho mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengharamkan ulang tayang dari disiarkan di stadium.
Menurut laporan Berita Bola Sepak Kedah, desakan Cheng Ho itu adalah bersifat segara kepada FAM selepas apa yang berlaku dalam perlawanan Piala Sumbangsih antara pasukannya dengan JDT di Larkin tempoh hari.
Hal ini kerana beliau kecewa tindakan pengadil Suhaimi Mat Hassan yang pada mulanya memberikan penalti kepada Kedah selepas S. Kunanlan menjatuhkan Ahmad Fakri Saarani pada minit-minit akhir separuh masa pertama.
Namun selepas ulang tayang di stadium disiarkan, Suhaimi mengubah fikiran dan memberikan hanya sepakan percuma kepada Kedah selepas mendapatkan nasihat dari penjaga garisan.
Namun begitu, keputusan Suhaimi untuk membuang Kunanlan dari permainan tetap dilakukan beliau.
“FAM perlu melakukan sesuatu tentang perkara ini. Ia bukan cara yang betul untuk dilakukan.”
Cheng Ho juga gembira dengan kejayaan Kedah, baginya pasukannya telah menetapkan sasaran yang tinggi selepas memenangi Piala Malaysia pada 2016 dan Piala Sumbangsih di awal musim 2017.
Baca juga: Derma Darah: Punca Utama Cristiano Ronaldo Tak Bertatu