Hearts Pernah Dihalang Oleh Polis Dari Jaringkan Gol, Elak Rusuhan Penyokong

Sepanjang kami mengikuti bola sepak, tidak pernah pula kami dengar kisah sebegini.

Ia satu kisah yang pelik dan kelakar dalam masa yang sama.

Mana tidaknya, pihak polis menghalang satu-satu pasukan dari menjaringkan gol!

Jadi untuk penulisan kali ini, kami akan membawa pembaca ke tahun 1990 ketika aksi Edinburgh Derby antara Heart of Midlothian (Hearts) dengan Hibernian.

Pemilik yang tamak

Menerusi dokumentari yang diterbitkan oleh BBC Scotland yang diberi tajuk ‘Scotland’s Game’, dokumentari itu menceritakan mengenai jatuh bangun bola sepak Scotland dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini.

Menerusi episod pertama yang bertajuk ‘I Play For Money’ (Saya Bermain Kerana Wang), dokumentari itu mendedahkan percubaan pemilik kelab Hearts untuk membeli kelab yang juga musuh tradisi mereka iaitu Hibernian.

Pemilik Hearts ketika itu, Wallace Mercer (gambar bawah) cuba mendapatkan hak majoriti di Hibernian dari pemilik bernama David Duff – yang selepas itu dipenjarakan di England atas kesalahan jenayah.

Wallace Mercer at Tynecastle 1982

Usaha Mercer itu untuk memiliki dua kelab Edinburgh itu mendapat bantahan dari penyokong kelab Hibernian.

Mereka melancarkan kempen yang diberi nama ‘Hands Off Hibs’ untuk menghalang dari usaha Mercer itu berjaya.

Kempen bantahan dari menghalang usaha Mercer itu berjaya dilakukan oleh penyokong Hibernian. Namun, kempen yang berlaku diluar padang itu terbawa-bawa pula sehingga ke dalam padang.

‘Polis tak benarkan kami jaringkan gol lagi.’

Lagenda Hearts iaitu John Robertson (gambar bawah) mengimbau kembali perlawanan Edinburgh Derby yang berlangsung ketika isu percubaan Mercer untuk mendapatkan Hibernian masih hangat.

02_21205901_8a38fc_2925745a

“Atmosfera perlawanan ketika itu terlalu teruk.”

Robertson juga mengatakan bukan penyokong Hibernian sahaja yang tidak senang mengenai isu itu, malah penyokong Hearts juga.

“Penyokong Hibernian ternyata marah dan berang mengenai cubaan Mercer membeli Hibernian, dalam masa yang sama penyokong Hearts juga tidak bersetuju dengan percubaan pemilik mereka itu.”

Edinburgh Derby ketika itu berlangsung di Easter Road, gelanggang milik Hibernian.

13745059_277589479263835_177452217_n

Dikala majoriti penyokong Hibernian berang dengan isu tersebut, api kemarahan mereka semakin marak apabila Hearts mendahului 3-0 pada separuh masa pertama!

Dan semestinya membuatkan penyokong Hearts bersorak bagai nak gila ketika itu.

Ketika rehat separuh masa, Robertson mendedahkan pihak polis datang ke bilik persalinan mereka.

Pihak polis ketika itu datang dengan menyatakan satu permintaan – jangan jaringkan gol lagi!

“Kami takutkan satu lagi insiden dimana penyokong menyerbu ke padang, jika kamu semua (pemain Hearts) menjaringkan gol sekali lagi pastinya penyokong Hibernian akan mengamuk dan menyerbu padang.”

“Jika mereka menyerbu padang, kami terpaksa tamatkan perlawanan. Jadi kamu semua faham kan? jangan jaringkan gol lagi.”

Robertson memberitahu di mana semua pemain Hearts terkejut dengan permintaan pihak polis.

“Kami terdiam sambil berfikir, peliknya permintaan ini?”

Pengurus sementara Hearts ketika itu, Sandy Clark juga menjadi sasaran pihak polis untuk memastikan anak-anak buahnya tidak menjaringkan gol lagi.

“Saya cuma nampak Clark mengikut pihak polis sehingga ke pintu bilik persalinan sambil mengucapkan ‘baik tuan, perkara ini tidak akan terjadi’.”

Sebaik sahaja pihak polis pergi, Clark berkata kepada pasukan yang tiada apa akan berlaku walaupun mereka menjaringkan gol lagi.

Namun begitu, Hearts tidak berjaya menambah jaringan gol di separuh masa kedua dan mereka menang 3-0.

Saling memerlukan

Bagi Rod Petrie yang merupakan pemilik Hibernian sekarang, merasakan tempoh 1990 itu adalah antara waktu tersukar bagi kelab Edinburgh itu.

Dalam masa yang sama beliau memberi kredit kepada penyokong yang berada di dalam gerakan Hands Off Hibs ketika itu.

“Ia mungkin adalah waktu tersukar yang pernah Hibernian lalui sepanjang sejarah penubuhan mereka.”

“Mana-mana individu yang menyertai gerakan Hands Off Hibs patut diberikan penghargaan setinggi-tingginya. Mereka menunjukkan rasa cinta terhadap kelab dan keazaman untuk menyelamatkan kelab kesayangan mereka.”

Bagi Alex Salmond yang merupakan peminat Hearts, beliau menyatakan hanya peminat bola sepak sahaja yang akan memahami situasi dua kelab yang saling memerlukan walaupun mereka merupakan musuh tradisi.

“Bagi peminat bola sepak yang faham akan situasi ini, mereka pasti akan faham situasi di mana anda tidak boleh ada yin tanpa yang.”

“Begitu juga dalam konteks bola sepak, tanpa Hibernian siapalah Hearts? Tanpa Rangers siapalah Celtic? Apa yang dilakukan oleh Mercer itu cuma akan membunuh semangat dan kesetiaan peminat dalam bola sepak.”

Baca juga: Bagaimana Penyokong Hearts Menghalau Keluar Pengurusan Kelab Yang Bangsat

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN