Hazwan Bakri Hero JDT Dalam Kemenangan 2-1 Ke Atas Tampines Rovers

JDT menentang Tampines Rovers dalam perlawanan ke-4 kumpulan H untuk Piala AFC 2018. Pada perlawanan sebelum ini, Tampines berjaya mengikat JDT.

JDT menguasai babak pertama dan mendahului menerusi Safawi Rasid pada minit ke-13. Satu rembatan deras menggunakan kekura kaki yang tidak mampu ditapan penjaga gol lawan.

Namun selepas itu mereka ada isu dengan kreativiti di final third. Dengan penguasaan bola yang tinggi, JDT banyak melakukan hantaran akhir dan percubaan tersasar.

Pada minit akhir separuh masa pertama, Tampines dihadiahkan sepakan penalti. Itulah satu satunya peluang gol utama pasukan tersebut pada separuh masa pertama. Ianya selepas Corbin Ong menyentuh bola dengan tangan dan dilayangkan kad kuning.

Khairul Amri menewaskan Izham Tarmizi daripada titik penalti sebelum wisel rehat.

Pada separuh masa kedua JDT meneruskan usaha mencari gol kemenangan. Raul Longhi membawa masuk Hariss Harun dan mengeluarkan Safiq Rahim.

Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya Hazwan Bakri menjaringkan gol ke-2 yang mereka cari pada minit ke-79. Itu adalah percubaan terakhir beliau sebelum dikeluarkan.

Kemengan ini menyaksikan JDT mengutip 7 mata. 3 pasukan berkongsi 7 mata dalam kumpulan H iaitu JDT, Persija dan Song Lam Nghe An. Jadi baki 2 perlawanan sangat penting untuk mereka.

Tampines secara rasmi sudah tersingkir daripada persaingan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN