Eden Hazard berkata beliau menyedari penyokong Real Madrid lebih bersikap bersungguh terhadap kelab mereka berbanding penyokong Chelsea.
Pemain antarabangsa Belgium itu melengkapkan perpindahan dari Chelsea ke Real Madrid pada nilai £130 juta pada musim panas lalu – setelah berada di Stamford Bridge selama tujuh musim.
Eden Hazard takes aim at Chelsea fans ahead of potential first Real Madrid start https://t.co/Y9XMxQg0yj #FOOTBALL
— ⚽️FootyNewsMedia⚽️ (@FootyNewsMedia) September 16, 2019
“Saya berpendapat di sini, mereka [penyokong] adalah penyokong sejati,” ujar Hazard dalam sidang media menjelang perlawanan peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Paris Saint-Germain.
“Di England juga ada ramai penyokong. Setiap orang sukakan bola sepak. Golongan muda, dewasa, remaja, dan mereka menunjukkan minat yang mendalam kepada bola sepak.
“At Chelsea when we lost, we were disappointed, like the fans, but I never felt it was a disaster, it’s different in Spain”
– Eden Hazard#RealMadrid pic.twitter.com/SaXz9FmZzt
— TREQUARTISTA (@TheSporTalk) September 16, 2019
“Namun demikian mereka tidak menunjukkan sifat yang fanatik terhadap kelab atau pasukan mereka.
“Ketika saya bersama Chelsea dan kami tewas [perlawanan], kami sangat kecewa seperti mana juga penyokong. Tetapi ia tidak seperti satu malapetaka.
“Apabila di Real Madrid, walaupun pada musim pertama, dan apabila anda bercakap dengan penyokong, anda tahu anda dikehendaki untuk sentiasa memenangi UCL,” tambah beliau.
“Kerana itu saya berpendapat harapan diletakkan [penyokong Real Madrid] sangat tinggi, dan itulah sebab kelab ini muncul juara lebih kerap berbanding mana-mana kelab lain.”