Hatrik Perez & Vardy Bantu The Foxes ‘Makan Besar’ Belasah Southampton 9-0

Leicester City menyamai rekod berusia 24 tahun Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Southampton 9-0.

Kali terakhir kemenangan dengan margin besar sebegitu terjadi adalah pada 4 Mac 1995, apabila Manchester United membelasah Ipswich.

Namun demikian, kemenangan The Foxes ke atas The Saints di Stadium St.Mary adalah kemenangan terbesar di dalam sejarah EPL untuk perlawanan yang didakan di tempat lawan.

Kemenangan tersebut sekaligus melonjakkan skuad kendalian Brendan Rodgers ke kedudukan kedua liga.

Jamie Vardy dan Ayoze Perez masing-masing menghasilkan hatrik, dan pasukan pelawat turut dibantu oleh kad merah yang dilayangkan kepada pemain pertahanan, Ryan Bertrand seawal minit ke-12 perlawanan.

Bertrand dipersalahkan selepas terjahan keras ke atas Perez, ketika pemain itu membantu gerakan Leicester menghasilkan gol pembukaan jaringan Ben Chilwell.

Insiden membabitkan Bertand-Chilwell itu membuatkan Leicester semakin bernafsu untuk memburu jaringan.

Perlawanan ini sebenarnya agak emosi untuk barisan pemain The Foxes kerana ia tiba dua hari sebelum genap setahun kejadian nahas helikopter bekas pengerusi, Vichai Srivaddhanaprabha dan empat yang lain yang maut dalam nahas itu.

Youri Tielemans turut menjaringkan gol ketiga beliau sepanjang kempen musim ini, dan James Maddison turut mencetak nama dalam senarai penjaring hasil dari sepakan percuma cantik.

Ia adalah malam yang penuh dengan igauan buruk untuk Southampton yang kini terperosok ke zon penyingkiran liga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN