Hatrik Pantas Raheem Sterling Bantu Manchester City Tundukkan Watford

Sterling

Manchester City terus memimpin carta Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas berjaya menundukkan Watford 3-1 pada aksi yang berlangsung di Etihad Stadium, awal pagi tadi.

Kemenangan ke-24 dalam saingan liga itu dibantu dengan hatrik yang dihasilkan pemain skuad kebangsaan England, Raheem Sterling.

Aksi pada babak pertama memperlihatkan penguasaan permainan yang ditampilkan skuad bimbingan Pep Guardiola, namun tiada serangan yang benar-benar berbahaya dapat dicipta The Cityzens.

Segalanya berubah seminit selepas babak kedua bersambung setelah Sterling berjaya membuka tirai jaringan.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 09: Watford players argue with referee Paul Tierney after Manchester City’s first goal is given during the Premier League match between Manchester City and Watford FC at Etihad Stadium on March 09, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Gol tersebut bagaimanapun mendapat tentangan hebat daripada para pemain Watford yang mendakwa Sterling berada dalam keadaan ofsaid.

Pembantu pengadil pada mulanya membatalkan jaringan tersebut tetapi selepas perbincangan dilakukan bersama pengadil perlawanan, Paul Tierney, keputusan sebaliknya diputuskan dan gol tersebut telah disahkan.

Kontroversi tersebut nyata menyentap semangat juang anak buah Javi Garcia yang melepaskan jaringan kedua hanya selepas empat minit berselang.

Berpunca gerakan Riyad Mahrez dari sebelah kiri pintu gol Watford, beliau melakukan hantaran lintang yang kemas untuk mudah disudahkan Sterling bagi menjadikan kedudukan 2-0.

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 09: Raheem Sterling of Manchester City scores his team’s second goal during the Premier League match between Manchester City and Watford FC at Etihad Stadium on March 09, 2019 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Terus bernafsu memburu jaringan, Raheem Sterling meledakkan hatrik pada minit ke-59 selepas beliau berjaya melepasi kawalan tiga pertahanan Watford dalam kawasan penalti sekaligus meledakkan rembatan yang menewaskan Ben Foster di gawang The Hornets.

Menurut sumber OptaJoe, hatrik yang dicipta dalam tempoh 13 minit 12 saat itu merupakan yang terpantas dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Gol saguhati pasukan pelawat terhasil pada minit ke-66 menerusi Gerard Deulofeu yang terhasil sebaik sahaja beliau masuk menggantikan Kiko Femenia.

Dengan kemenangan tersebut, Manchester City kini mengumpul 74 mata, berkelebihan empat mata di hadapan Liverpool yang akan bertemu Burnley pada malam ini.

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN