Felcra FC melakukan salah satu kejutan terbesar dalam sejarah pasukan mereka musim ini. Perlawanan ini pastinya diingati sebagai Sarawak vs Casagrande.
Dalam perlawanan menentang Sarawak di Kuching, Felcra ketinggalan 2 gol di belakang pada separuh masa pertama. Ianya hasil jaringan Bobby Gonzales pada minit ke-22 selepas berlaku kekalutan di hadapan gol Felcra FC.
Ini adalah jaringan liga kedua Bobby Gonzales pada musim ini selepas menjaringkan gol dalam perlawanan menentang TFCII.
Ianya diikuti oleh penalti penyerang sensasi mereka, Mateo Roskam kira-kira 10 minit selepas itu.
Sepanjang perlawanan, Felcra FC menghadirkan saingan kepada Sarawak termasuk 1 penalti mereka yang gagal disempurnakan.
Sarawak seakan-akan sudah yakin untuk mendapat 3 mata di tempat sendiri dalam aksi yang berlangsung di sebelah petang di Kuching.
Sarawak cuai dalam bertahan pada minit akhir. Mungkin mereka sudah merasakan, tugas sudah selesai hari ini.
Siapa sangka 3 minit terakhir perlawanan adalah mimpi ngeri buat Sarawak. Felcra merapatkan kedudukan pada mini ke-87 menerusi Casagrande.
Casagrande menambah 2 gol dalam masa kecederaan untuk melengkapkan hatrik beliau. Ia memastikan Felcra FC menang bergaya 2-3.
Sarawak terkedu dengan kebangkitan luar biasa pasukan Felcra. Ini adalah kekalahan pertama Sarawak musim ini selepas berjaya mengelak kekalahan di tangan Terengganu FC II dengan gol minit akhir sebelum ini.
Felcra FC pula berjaya mencatatkan kemenangan pertama mereka dalam sejarah Liga Perdana.