Di twitter dan laman sosial lain ketika ini tengah heboh bercerita tentang hatrik Dybala yang baru sahaja membantu Juventus menewaskan Sassuolo 1-3.
8 goals in 4 games 🔥
Second hat-trick of 2017/18 ⚽️
Top scorer in Serie A this season 🔝Paulo Dybala is special. 🔮 https://t.co/Rknfrv0Kw4
— Football on TNT Sports (@footballontnt) September 17, 2017
Ini juga merupakan hatrik kedua Dybala pada musim ini dengan musim liga baru memasukki perlawanan ke-4. Dybala sudah menjaringkan 52 gol setakat ini.
Juventus menjadi pasukan yang paling banyak menewaskan Sassuolo, sebanyak 7 kali. Tiada pasukan Serie A lain melakukannya lebih banyak.
Kemenangan ini memastikan Juventus meneruskan permulaan sempurna musim ini. Mereka juga memintas Inter di tangga teratas liga kerana perbezaan jaringan. Ini bermakna Inter berada di tangga teratas liga untuk minggu ke-4 kurang 24 jam.
Secara teknikalnya, perbezaan jaringan itu juga dibantu oleh gol Dybala pada hari ini. Juventus dengan perbezaan jaringan +10, Roma pula dengan +9.
Namun kedudukan teratas liga masih menunggu perlawanan melibatkan Napoli selepas ini. Jika Napoli menang dengan 4-0, mereka akan memintas Juventus pula.
Dybala memulakan persembahan memukau beliau dengan jaringan pada minit ke-16. Satu rembatan kaki dalam yang cantik melencong ke sebelah kiri penjaga gol.
Bersambung babak ke-2,pada minit ke-49. Satu rembatan dalam kedudukan terkepung. Sassuolo merapatkan kedudukan menerusi Polittano pada minit ke-51.
Dybala melengkapkan hatrik menerusi sepakan percuma menarik pada minit ke-63.
Kemenangan ini penting untuk Juventus mengembalikan moral mereka selepas tewas 3-0 di tangan Barcelona pertengahan minggu ini.