#HatemChampion Trending Di Twitter, Kempen Bantu Ben Arfa Jadi Juara Ligue 1

Minggu lalu, Hatem Ben Arfa meraikan ulangtahun setahun beliau tidak bermain bola sepak dengan kek dihias dengan angka 1.

Hatem Ben Arfa pernah mengkritik pengurus beliau, Unai Emery kerana tidak mahu memberikan beliau peluang untuk bermain.

Hatem Ben Arfa sebelum ini menghidupkan karier beliau bersama Newcastle. Namun beliau dilepaskan oleh kelab tersebut selepas aksi kurang memberangsangkan ketika dipinjamkan ke Hull City.

Ben Arfa sekali lagi menghidupkan karier beliau bersama dengan OGC Nice. Beliau menjaringkan 18 gol di bawah kendalian Claude Puel.

Ben Arfa kemudian menerima tawaran daripada PSG. Beliau yakin langkah itu tepat untuk menyertai pasukan di Paris itu.

Namun ketika di PSG beliau berhadapan dengan isu kurang diberikan peluang untuk beraksi dan tiada aksi langsung pada musim ini.

Penyokong PSG sendiri ramai merasakan Ben Arfa perlu diberikan peluang untuk membuktikan dirinya. Kini beliau hanya menunggu musim berakhir dan meninggalkan kelab tersebut.

Usaha beliau untuk kembali semula ke pasukan Perancis nampak hancur dan tidak ada harapan untuk ke Rusia 2018.

Selepas PSG disahkan juara Ligue 1, peminat di Perancis termasuk PSG telah melancarkan kempen dengan hastag #HatemChampion. Ianya telah menjadi trending di Perancis.

Kempen itu tanda sokongan kepada Hatem Ben Arfa dan mereka berharap ianya dapat membuka pintu hati Unai Emery supaya menurukan Hatem Ben Arfa walaupun hanya 1 minit dalam baki perlawanan Ligue 1.

Ini bagi membolehkan Hatem Ben Arfa bergelar juara (Champion) Ligue 1.

https://twitter.com/FourFourTweet/status/985886076974829570

Jadi, kepada pembaca kami, anda mungkin mahu menyumbang kepada kempen ini dengan hastag #HatemChampion. Kongsikan dengan kami nanti di ruangan komen ya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN