Hassan Sazali Waras: “Malaysia Kini Ada Lebih Ramai Pemain Muda Berkualiti”

Hassan Sazali Waras

Pengendali skuad B-19 Malaysia, Hassan Sazali Waras berasa barisan muda negara ketika ini memiliki kelompok pemain berkualiti yang lebih besar berbanding dulu dan ini adalah satu perkembangan positif buat bola sepak negara.

Barisan muda negara kendalian Hassan mencuri tumpuan baru-baru ini apabila muncul juara saingan Piala AFF B-19 yang berlangsung di Jakarta, Indonesia selepas menewaskan Laos 2-0 di pentas akhir pada 15 Julai lalu.

Berbeza dengan situasi ketika mengendalikan barisan B-19 negara pada 2015 yang hanya dibarisi pemain-pemain dari Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSBP) dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ), Hassan menyifatkan pemain-pemain hari ini daripada Pelan Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) mendapat pendedahan mencukupi sebelum beraksi di peringat tertinggi.

“Jika kita lihat dengan lebih dekat, PPBN ada pelbagai lapisan seperti Sekolah Sukan Negeri, Pusat Latihan Daerah dan kemudian Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

“Mereka yang dari AMD sudah mendapat pendedahan beraksi di peringkat kompetitif pada usia yang muda dan ini memudahkan mereka apabila beraksi di peringkat antarabangsa.

“Apabila ada kelompok pemain yang lebih luas, ia juga memudahkan tugas saya sebagai pengendali skuad B-19 negara dan situasi sekarang memang berbeza dengan tujuh tahun lalu,” kata Hassan yang meraih kejuaraan pertamanya sebagai ketua jurulatih di peringkat antarabangsa dengan kejayaan dalam saingan Piala AFF B-19.

Apabila ditanya siapa pemainnya yang paling cemerlang sepanjang Piala AFF, Hassan sukar menamakan mana-mana pemain secara individu kerana menyifatkan kesemua pemain beraksi cermelang.

“Seperti saya katakan sebelum ini, kriteria pemilihan saya adalah pemain yang boleh beraksi di pelbagai posisi dalam pasukan kerana ia adalah penting apabila beraksi dalam kejohanan karnival seperti ini.

“Sebenarnya kesebelasan terbaik saya adalah barisan yang di separuh akhir dan akhir, walaupun saya menggunakan kombinasi berbeza di perlawanan-pelawanan awal peringkat kumpulan.

“Ziad El Basheer dan Aysar Hadi umpanyanya adalah gandingan utama pasukan di bahagian tengah, namun saya tidak mengandingkan mereka dalam kesebelasan utama pada peringkat awal kumpulan.

“Jika saya terus menurunkan mereka bedua dalam setiap perlawanan, pasukan lawan mungkin akan dapat membaca corak permainan kami dan kerana itu saya melakukan penggiliran bagi mengaburi pihak lawan,” kata Hassan.

Hassan turut menyuarakan penghargaan kepada tenaga kejurulatihan pasukannya yang terdiri daripada penolong ketua jurulatih, Noor Zaidi Rohmat dan jurulatih penjaga gol, Hamsani Ahmad yang juga bekas penjaga gol kebangsaan.

“Memang Zaidi dan Hamsani banyak membantu saya kerana mereka berdua cukup berpengalaman di peringkat bawah umur, jadi kehadiran mereka memudahkan juga tugas saya apabila kami kerap bertukar pandangan demi kebaikan pasukan.

“Apabila mengendalikan pasukan di peringkat remaja, kita perlu melihat daripada pelbagai sudut dalam memastikan seseorang pemain tidak terlalu cepat mencapai kemuncak prestasinya dalam sesebuah kejohanan,” kata Hassan.

Hasan turut menyuarakan penghargaan kepada Malaysian Football League (MFL) selaku pentadbir Liga-M dalam mengubah jadual aksi Liga Premier bagi membolehkan skuad B-19 negara menjalani persiapan terbaik selain setiap pengurusan kelab yang membebaskan pemain muda mereka untuk saingan Piala AFF kali ini.

Hassan juga merakam ucapan terima kasih buat ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang memberikan kata-kata semangat buat barisan pemain B-19 sebelum berlepas ke Jakarta serta turut menghubunginya selepas meraih kejayaan.

“Kim sebenarnya bukan saja memberikan kata-kata semangat sebelum kami ke Jakarta, tetapi dia juga antara yang menghubungi saya mengucapkan tahniah selepas kami menjuarai Piala AFF B-19 tahun.

“Bagi beliau, adalah penting buat barisan muda negara turut meraih kejayaan di saingan peringkat bawah umur kerana pemain-pemain ini juga yang bakal mendapat panggilan ke skuad senior kelak.

“Saya akan juga berbincang dengan Kim mengenai kemungkinan kami mengadakan latihan di Korea Selatan, sebelum kami ke Mongolia untuk saingan kelayakan AFC B-19 September depan,” kata Hassan.

Hassan mensasarkan dua tempat teratas kumpulan E kelayakan dan sekurang-kurangnya lima naib juara kumpulan terbaik untuk meastikan kemaran ke pusingan akhir Piala AFC B-19.

“Apa yang penting adalah keputusan positif berdepan Korea Selatan sebelum merakam kemenangan berdepan Mongolia dan Sri Lanka.

“Kami akan melakukan persiapan terbaik dan pada masa sama perlu juga waspada berdepan Mongolia, di atas kertas kita mungkin pasukan lebih baik tetapi mereka mempunyai corak permainan fizikal dan kami perlu bersedia menangani mereka pada hari perlawanan,” kata Hassan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN