Hasrat Tomas Trucha Kepada Bekas Anak Didiknya, Patrik Schick Di Euro 2020

Tomas-Trucha-Penang-FC-2021-Patrik-Schick

Hasrat Tomas Trucha adalah mahu melihat bekas anak didiknya iaitu, Patrik Schick, merangkul penjaring terbanyak Euro 2020 yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

Namun, nampaknya hasrat tersebut sedikit terjejas awal pagi tadi dengan tersingkirnya Republik Czech apabila tumbang 1-2 kepada Denmark di peringkat suku akhir. Satu-satunya gol saguhati mereka itu telah diledak oleh Patrik Schick di minit ke-49.

Ia tidak cukup untuk membantu Republik Czech bagi menyamai pencapaian pada edisi 2004 iaitu mara ke separuh akhir apabila tiada lagi gol terhasil selepas jaringannya itu. Mereka bermain dengan terlalu berhati-hati sepanjang aksi babak pertama.

Walaupun sudah tersingkir, jaringan itu meletakkan nama Patrik Schick pada ketika ini sebagai pendahulu penjaring terbanyak bersama kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dengan lima jaringan. Hasrat itu masih belum terpadam, namun sedikit terjejas.

Beberapa pemain dilihat mampu untuk memintas dan jika dalam baki tiga perlawanan selepas ini – dua aksi separuh akhir dan perlawanan akhir, tiada pencabar terdekat berjaya meledak gol, maka Patrik Schick dan Ronaldo akan dinobat pemenangnya.

Sebagai warganegara Republik Czech, pengendali Penang FC, Tomas Trucha tentunya mahu negaranya melangkah lebih jauh dalam kejohanan kali ini. Edisi sebelum ini iaitu pada tahun 2016, mereka hanya menamatkan saingan di peringkat kumpulan.

Lebih mengujakannya, bekas anak didiknya iaitu penyerang sensasi, Patrik Schick, mampu untuk muncul sebagai penjaring terbanyak kejohanan Euro 2020 itu kali ini dan mampu mengatasi rekod jaringan Milan Baros yang dicipta di edisi 2004 lalu.

Namun, segalanya terhenti awal pagi tadi dan beliau tetap berjaya menyamai rekod jaringan Milan Baros walaupun belum pasti akan dinobat selaku penjaring terbanyak sebagaimana penyerang terbaik negaranya dahulu, Milan Baros, 17 tahun lalu.

Menurut Tomas Trucha, beliau mengenali Patrik Schick ketika berada di sebuah kelab yang bersaing di Czech First League, iaitu, Bohemians 1905. Katanya, “Saya pernah mengendalikan Patrik Schick di Bohemians 1905 ketika dia berusia 19 tahun.”

“Kami mengadakan latihan tambahan tiga kali seminggu dan setahun kemudian, dia berpindah ke AS Roma. Saya sangat bangga dengannya,” ujar pengendali yang baru sahaja membimbing Penang FC di saingan Liga Malaysia pada musim ini.

Patrik Schick yang merupakan produk kelab Sparta Prague ketika itu dipinjamkan untuk tempoh semusim di Bohemians 1905 untuk meraih pendedahan bermain dan selepas berakhirnya tempoh pinjaman itu, beliau telah berpindah ke Serie A.

Tomas Trucha pula ketika itu merupakan pembantu kepada Roman Pivarnik dan itu juga merupakan musim terakhirnya bersama kelab tersebut apabila mengikut Roman Pivarnik untuk beralih angin mengendalikan Viktoria Plzen pada musim 2016.

“Dia telah beraksi dengan baik dan saya harap dia dapat menambah 2-3 gol lagi untuk muncul sebagai penjaring terbanyak. Ini bermakna mereka perlu mara [ke separuh akhir],” tambahnya lagi yang ditemuramah di Nadi Weekends, semalam.

Baca lagi artikel mengenai Tomas Trucha dan perkembangan bola sepak dunia:

Tomas Trucha Kredit ‘Urus Niaga’ Manzoor Azwira Pacu Prestasi Terkini Penang

‘Asyik-Asyik Casagrande’, Tomas Trucha Naik Jemu Persoalan Media

Rasai Pengalaman Berbeza Menonton UEFA EURO 2020™ Dengan Astro Go Interactive Mode

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN