Hasrat Faris Dan Hafiz Sarung Jersi Melaka United Tidak Kesampaian

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (Musa), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi mengesahkan 2 pemain skuad kebangsaan Singapore, Faris Ramli dan Hafiz Sujad tidak terpilih untuk menyarung jersi Melaka United musim depan.

Menurut Yusoff Mahadi, Melaka sudah pun memiliki pemain lain yang bermain di posisi yang sama dengan kedua-dua pemain itu.

Ia sekaligus mengesahkan pengurusan Melaka United tidak akan menawarkan kontrak kepada mereka mengisi satu slot pemain import Asia Tenggara musim depan.

“Saya akui kedua-dua pemain ini memang bagus dan kebanyakan penyokong Melaka pun puji aksi Faris dan Hafiz ketika menentang UKM FC yang mana kedua-duanya turut menjaringkan gol.

“Tapi mereka ini (Faris dan Hafiz) lebih kepada pemain sayap yang mana kita sudah ada empat pemain.

“Jadi, kami terpaksa melupakan hasrat mengikat kedua-dua pemain ini untuk kuota Asean kami kerana kita lebih berminat mendapatkan pemain tengah,” katanya kepada Sinar Harian.

Aksi Faris Ramli ketika menentang UKM FC dalam perlawanan persahabatan.

Faris Ramli berjaya memikat hati penyokong Melaka United apabila menjaringkan 2 gol ketika aksi persahabatan menentang UKM FC minggu lepas.

Hafiz Sujad yang sudah menjalani sesi pemilihan beberapa hari lalu, turut menjaringkan 1 gol dan sempat beraksi ketika perlawanan persahabatan di antara Melaka United menentang Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun.

Hafiz Sujad ketika perlawanan persahabatan menentang Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun.

Sementara itu, mengenai calon pemain import terakhir pasukannya, Yusoff enggan terus berteka-teki sebaliknya mengesahkan pasukannya sudah pun menandatangani seorang lagi pemain kebangsaan Singapura untuk mengisi kekosongan itu.

Setakat ini, hanya 3 pemain dari Singapore sudah sah beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.

Mereka ialah Hariss Harun yang kembali menyertai juara liga super musim ini, JDT, bekas pemain PDRM iaitu Safuwan Baharudin yang mengambil keputusan untuk menyertai Pahang dan Madhu Mohana telah pun menandatangani kontrak untuk menyertai pendatang baharu Liga Super, Negeri Sembilan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN