Hasrat D. Saarvindran Beraksi Di Pentas Asia Kali Kedua Terbantut

Saarvindran teengganu fc latihan 2020 2

Hasrat D. Saarvindran untuk terus kekal di Terengganu FC dan bermain di pentas Piala AFC 2021 terkubur apabila dimaklumkan yang kontraknya tidak akan dilanjutkan.

Walaupun terkejut, namun beliau menerimanya dengan hati yang terbuka. Beliau sepatutnya akan beraksi buat kali kedua di pentas Piala AFC sekiranya beliau kekal bersama Terengganu selepas beraksi dalam kejohanan yang sama bersama Pahang pada edisi 2015. Mereka telah berjaya mara sehingga ke pusingan suku akhir.

Dalam kejohanan yang dimenangi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, Saarvindran telah menyumbang tiga gol, masing-masing dua ketika menewaskan kelab dari Myanmar, Yadanarbon 7-4 dan satu gol di peringkat suku akhir ketika menang 3-1 ke atas kelab dari Tajikistan, Istiklol FC – namun Pahang tewas secara agregat 5-3.

Bercakap kepada Harian Metro, Saarvindran yang akur dengan keputusan pihak pengurusan dipetik berkata, “Impian saya untuk membantu TFC bersaing pada pentas Piala AFC musim depan, sekali gus kali kedua beraksi pada pentas Asia selepas mewakili Pahang, namun saya dimaklumkan kontrak tidak disambung.”

“Harapan saya agar TFC mampu bersaing di pentas tertinggi itu bagi memperbaiki pencapaian pada 2012 layak ke pentas yang sama, terima kasih kepada pihak pengurusan yang memberi peluang kepada saya menyertai pasukan itu,” ujarnya mengenai harapan beliau kepada Terengganu untuk saingan Piala AFC.

Ketika ditanyakan adakah pihak pengurusan memaklumkan mengapa kontraknya tidak disambung, pemain berusia 28 tahun itu dipetik berkata, “Saya pun tidak tahu kenapa tidak disambung, tapi saya terima dengan hati yang terbuka.”

Menurut perkhabaran wartawan The Star, Saarvindran dijangkakan akan menyertai skuad kendalian P. Maniam, PJ City FC untuk saingan musim hadapan.

Terengganu dikatakan akan membuat rombakan pemain-pemain walaupun skuad tersebut berjaya menghadiahkan mereka tiket ke Piala AFC 2021 akibat kekangan kewangan. Antara yang telah pasti meninggalkan pasukan adalah kelima-lima pemain import termasuklah penyerang, Sanjar Shaakhmedov dan Lee Tuck.

Dua pemain import di TFC II iaitu Jordan Mintah dan Argzim Redzovic dikekalkan. Tidak dipastikan adakah mereka akan bersama skuad utama atau TFC II.

KREDIT FEATURED IMAGE:

Baca lagi artikel mengenai D. Saarvindran dan Terengganu:

D. Saarvindran Yakin Terengganu FC Tempat Yang Sesuai Buatnya

Terengganu Mula Usaha Cari ‘Safawi Rasid 2.0’

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN