Hartlepool United Dalam Dilema Memilih Logo, Motif Rusa Atau Monyet

Anda pernah melihat logo-logo kelab bola sepak sekitar dunia? Terutama kelab yang beraksi di liga bawahan?

Ada logo yang menarik. Ada logo yang cantik malah senang diingati apabila terbayang di minda.

Tetapi, jika logo yang sukar dikenali, adakah anda akan kenal kelab tersebut? Jawapannya ada pada anda, melainkan anda seorang pereka bentuk grafik untuk kelab komuniti anda.

Hartlepool United

Kelab English National League ini mengambil keputusan untuk menukar logonya. Boleh dikatakan banyak faktor membawa pertukaran logo ini.

Salah satunya, logo lama agak sukar dicetak pada merchandise kelab. Maklumlah, kini percetakan moden mengambil tempat berbanding 20 tahun dahulu. Malah, rekaan lama itu kurang sesuai dengan perkembangan media sosial.

Dalam kata mudahnya, leceh!

Tambah pula logo asal tidak benar-benar mewakili kebanggaan Hartlepool. Jika anda lihat logo asal, ia menempatkan stereng kapal. Hartlepool sebuah daerah yang terletak di tepian laut.

Perubahan

Pihak kelab akhirnya mengalah dan membuat sedikit kajian. Mereka menyelusuri bahan-bahan sejarah berkaitan daerah Hartlepool.

Malah, mereka bertemu dengan barisan penaja serta penyokong kelab untuk mendapatkan pandangan. Selain itu, kelab ini membuat undian terbuka untuk penyokong mengundi kelab yang sesuai.

Akhirnya kelab itu memilih logo baru berlambang rusa. Malah, logo baru amat kemas dan mudah dipadankan dengan pelbagai warna untuk merchandise kelab.

Monyet?

Kelab ini sebenarnya memilih monyet sebagai maskot kelab walaupun kawasan Hartlepool ini dikatakan banyak rusa. Monyet dipilih disebabkan kisah tradisi seekor monyet yang terselamat daripada sebuah kapal karam.

Hanya monyet itu sahaja selamat dalam kejadian itu. Paling pelik, salah seorang pemakai maskot monyet telah dinamakan H’Angus terpilih menjadi Datuk Bandar Hartlepool. Nama lelaki itu ialah Stuart Drummond.

Asalnya beliau bertanding dalam pemilihan sebagai ‘main-main’ sahaja. Paling melucukan, beliau berkempen agar sekolah menyediakan pisang untuk pelajarnya. Dan beliau telah memenangi pemilihan itu.

Mujurlah beliau tidak bermesyuarat sambil mengenakan kostum monyet!

Stuart Drummond menjadi satu-satunya Datuk Bandar Hartlepool yang dipilih melalui Pilihan Raya. Beliau memegang jawatan itu dari 2002 hingga 2013. Namun, jawatan itu dimansuhkan pada 2013.

Penyokong popular

Nama Jeff Stelling tak perlu diperkenalkan lagi bagi pengguna FIFA! Beliau merupakan penyokong Hartlepool yang sangat tegar.

Meskipun bertugas di Sky Sports, beliau dilantik menjadi Presiden kelab mulai 2015. Secara tradisinya, kelab itu melantik ahli politik sebagai Presiden. Cuma, beliau orang pertama memecahkan tradisi itu.

Rasanya jika anda nak mempopularkan nama kelab komuniti anda, anda boleh lakukan perkara yang pelik-pelik bukan?

Sumber:

  1. Hartlepool United (2017): Introducing Our New Club Crest; https://www.hartlepoolunited.co.uk/news/2017/june/200617-introducing-our-new-club-crest/
  2. Hartlepool United (2017): Fans Invited To Vote For New Club Crest; https://www.hartlepoolunited.co.uk/news/2017/may/fans-invited-to-vote-for-new-club-crest/
  3. Telegraph (2016): Mandelson’s Brexiteers: Mutiny in Labour’s home port; http://s.telegraph.co.uk/graphics/projects/mandelsons-brexiteers/index.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN