Quantcast
Hartawan Rusia Ini Tawar $1.3 Bilion Untuk Ambil Alih Arsenal


BERITA

Hartawan Rusia Ini Tawar $1.3 Bilion Untuk Ambil Alih Arsenal

Saturday, 20 May 2017

Adakah Arsenal bakal mendapat pemilik baharu?

Ketika ini hangat dikatakan seorang hartawan Rusia ingin datang dan memiliki Arsenal!

Alisher Usmanov (gambar bawah) merupakan salah seorang pemegang taruh yang kini memang sudah berada dalam kelab Arsenal namun beliau cumalah seorang pemegang taruh minoriti sahaja.

Arsenal kini dimiliki secara majoriti oleh Stan Kroenke yang berasal dari Amerika Syarikat.


Usmanov kini dijangka mahu membida untuk menjadi pemegang taruh majoriti di Arsenal dengan jumlah bidaan sebanyak $1.3 bilion.

Ketika ini Usmanov mempunyai 30 peratus di Arsenal sementara Kroenke pula memegang 67 peratus pegangan di Arsenal.

Usaha itu telah dilakukan sejak bulan lepas namun tidak mendapat respon dari Kroenke secara formal.

Namun begitu, Kroenke dikatakan tidak mahu melepaskan pegangan majoriti beliau di Arsenal walaupun kepada Usmanov atau orang lain.

Kroenke dan Usmanov sering dikatakan tidak sehaluan dan usaha Usmanov ini adalah cubaan berani dalam menyingkirkan pengaruh Kroenke.


Kroenke sering dipersalahkan kerana kekurangan pelaburan terhadap skuad Arsenal menjadi punca kepada pasukan tersebut gagal untuk terus bersaing dengan mantap di England dan Eropah.

Namun setakat ini, isu ini belum lagi mendapat respon dari pihak Kroenke, Usmanov dan juga Arsenal sendiri.

Patutkah Arsenal mendapatkan pemilik baharu?

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Hartawan Rusia Ini Tawar $1.3 Bilion Untuk Ambil Alih Arsenal



Berita Bola Yang Menarik