Harry Maguire Maafkan MP Dari Ghana Yang Pernah Mengutuknya

Harry Maguire tampil memberi reaksi terhadap permohonan maaf secara terbuka yang dibuat oleh MP dari Ghana yang meminta maaf kepadanya kerana menghina beliau pada tahun lalu.

Reaksi daripada Harry Maguire itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji bekas ketua pasukan Man United itu atas sikap mulia yang beliau tunjukkan.

Pemain pertahanan Manchester United itu sebelum ini sememangnya teruk menjadi mangsa hinaan peminat atas aksi hambar yang beliau persembahkan.

Musim 2022/23 antara musim terburuk Maguire bersama Man United dan jelas sekali beliau ketika itu teruk di caci maki oleh para penyokong.

Aksi hambar serta dungu yang beliau persembahkan juga turut menyebabkan Erik ten Hag terpaksa menggugurkan beliau dari skuad utama Red Devils.

Walau masih menjadi pilihan utama untuk skuad kebangsaan England di bawah kendalian Gareth Southgate, namun Maguire tidak dapat peluang untuk diturunkan dalam skuad utama Man United.

Erik ten Hag lebih memilih untuk menggandingkan Raphael Varane dengan Martinez berbanding menurunkan bekas ketua pasukan mereka itu.

Dek kerana terlalu kerap mempamerkan aksi dungu, Maguire teruk menjadi mangsa hinaan dari pelbagai pihak termasuk ahli politik dari Ghana.

Pada Disember 2022, salah seorang ahli parlimen dari Ghana telah menyebut nama Maguire ketika sedang berhujah, dan lebih parah lagi beliau menggunakan nama bintang England itu dengan tujuan untuk menghina.

MP Isaac Adongo yang mewakili Parti Demokratik Kongress tampil mengkritik polisi ekonomi Timbalan Presiden, Mahamudu Bawumia dengan menggelarnya sebagai ‘Ekonomik Maguire’.

Bukan hanya menyebut ‘Ekonomik Maguire’, dengan beliau juga turut menjelaskan secara terperinci tentang bagaimana dungunya aksi pemain pertahanan itu hingga menyebabkan rakan sepasukannya sendiri takut dengannya.

“Harry Maguire, dia seorang pertahanan. Dia pernah terjah semua orang dan melayangkan badan dia ke mana-mana. Dia pernah dianggap sebagai pemain pertahanan terhebat dunia, Manchester United sedang berada di dasar.”

“Dia menjadi ancaman terbesar di tengah-tengah barisan pertahanan Manchester United, terjah pemain Manchester dan catat assists untuk pemain lawan. Tuan Speaker, ketika kamu lihat pasukan lawan mahu jaringkan gol, Maguire akan jaringkan gol untuk mereka.”

“Tuan Speaker, kamu tahu di negara ini kita juga ada polisi ekonomik Maguire. Polisi ekonomik Maguire ini, kita semua bertepuk tangan mengatakan lelaki ini adalah yang terbaik dalam menguruskan hal-hal asing.”

Ketika kenyataan itu dikeluarkan, Maguire sememangnya sedang berada di titik terburuk dalam kariernya dan seluruh dunia juga mengakui hal itu.

Walau bagaimanapun, pada musim ini, segalanya sudah berubah untuk Maguire dengan beliau kini kembali menjadi nadi penting di posisi pertahanan Man United.

Sepanjang musim ini, Maguire sudah membuat tujuh penampilan dalam liga, dan beliau juga cemerlang membantu Red Devils untuk mendaki ke kedudukan keenam dalam carta saingan Premier League.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan gol penting ketika membantu Man United mencatatkan kemenangan 1-0 menewaskan Copenhagen dalam aksi saingan Champions League baru-baru ini.

Reaksi menakjubkan daripada Maguire selepas melihat MP dari Ghana membuat permohonan maaf

Para peminat yang sebelum ini tak henti-henti mengutuk dan mengeji beliau kini mula menghamburkan pujian menggunung untuk pemain pertahanan itu.

Begitu juga dengan Adongo, 11 bulan selepas beliau menghina Maguire secara terbuka, kini beliau tampil meminta maaf kepada bintang England itu.

Bercakap di parlimen, MP dari Ghana itu telah meminta maaf atas komen beliau pada tahun lalu itu, dan turut mengakui kehebatan Maguire pada ketika ini.

Walau beliau kini memuji Maguire, namun Adongo masih sempat menghentam Timbalan Presiden kerana tidak menunjukkan perubahan seperti bintang Man United itu.

“Jika kamu masih ingat, pada tahun lalu, saya terlalu terburu-buru menyamakan Mahamudu Bawumia (Timbalan Presiden) dengan Harry Maguire. Tuan Speaker, saya sekarang nak minta maaf kepada Harry Maguire.”

“Tuan pengerusi, kamu betul-betul marah ketika saya menggunakan pemain pertahanan kamu sebagai contoh. Hari ini, Maguire sudah mengubah segalanya, dia pemain yang berbeza. Harry Maguire sekarang menjaringkan gol untuk Manchester United.”

Harry Maguire kemudiannya memberi reaksi terhadap permohonan maaf Adongo itu dengan beliau memuat naik status di laman X menyatakan:

“MP Issac Adongo permohonan maaf diterima. Jumpa kamu di Old Trafford nanti 🤝😊.”

Reaksi Maguire itu mendapat perhatian ramai dengan rata-rata memuji kemuliaan hati pemain pertahanan itu kerana berlapang dada memaafkan Adongo.

Walau beliau pernah dihina secara terbuka, namun Maguire tetap dengan mudah memaafkan individu yang menghinanya itu.

Adongo mungkin akan ke Old Trafford selepas ini untuk menyaksikan Maguire beraksi dan mungkin peminat bakal menyaksikan kedua-dua mereka bergambar bersama.

The Red Devils selepas ini akan kembali beraksi dalam saingan Premier League bertemu Everton pada 26 November nanti.

Skuad kendalian Erik ten Hag itu kemudiannya akan ada perlawanan penting bertemu Galatasaray dalam aksi saingan Champions League pada 29 November nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN