Harry Maguire menjadi antara pemain yang kerap diberi perhatian para peminat bola sepak seluruh dunia, ekoran aksinya kadangkala di atas padang agak kontroversi.
Pertahanan Manchester United itu baru-baru ini mendedahkan dirinya kurang dihargai oleh kelab diwakili berbanding ketika beraksi untuk skuad kebangsaan iaitu England.
Harry Maguire 🗣️
“I have 50 caps, I’m England’s top-scoring defender — I’ve got nothing to prove.” 😳🏴 pic.twitter.com/ORLoLtiBQd
— PurelyFootball ℗ (@PurelyFootball) March 25, 2023
Maguire tiba di Old Trafford pada tahun 2019 dengan menjadi antara pertahanan termahal ketika itu menerusi nilai perpindahan mencecah £80 juta.
Tidak lama selepas itu, pertahanan England tersebut telah pun diberi peranan selaku kapten buat United dan menjadi antara tonggak utama dalam senarai kesebelasan utama kelab.
Walaupun begitu, sehingga kini sekelompok besar penyokong bola sepak masih lagi menganggap Maguire sebenarnya masih belum cukup layak untuk menyarung jersi kelab serta negara ekoran prestasi semasa pemain tersebut tidak konsisten.
Kemuncaknya musim ini Maguire telah pun diketepikan oleh Erik ten Hag yang jelas lebih gemar menggunakan Lissandro Martinez bersama Raphael Varane dalam kesebelasan utama pasukan.
Tetapi, untuk England segalanya masih lagi menjadi sesuatu istimewa buat Maguire setelah Gareth Southgate konsisten mempercayai pemain tersebut untuk mengisi ruang di posisi pertahanan negara.
Pada aksi terbaharu, Maguire telah diletakkan dalam senarai kesebelasan utama ketika England menewaskan pasukan lawan iaitu Itali menerusi kemenangan 2-1.
Namun, Maguire tetap tidak terlepas daripada menjadi mangsa kritikan segelintir penyokong yang menyalahkan beliau untuk membenarkan lawan berjaya mendapatkan satu jaringan.
Ketika ditanya jika beliau dihargai, Maguire mengaku untuk skuad negara beliau merasakannya berbanding ketika di kelab.
“Untuk negara ya, saya dihargai. Walaupun musim lepas ada sesuatu yang sukar buat kelab, saya membuktikan kepada Gareth untuk melayakkan diri selaku pertahanan utama negara.
“Dia ada banyak pilihan pertahanan England di negara dan masih saya bermain. Setiap masa saya sentiasa ada untuk bersama pasukan.
“Saya yakin, jika anda tanya kepada yang lain mereka tahu apa saya telah berikan untuk pasukan. Saya sudah berusia 30 tahun dan saya tak perlu untuk buktikan diri sendiri untuk tahap ini. Saya bermain sebanyak 50 kaps, dan menjadi pertahanan yang menjaringkan banyak gol.
“Untuk United, saya sudah bermain sebanyak 200 kali dan menjadi kapten selama tiga tahun buat pasukan tersebut. Tetapi saya faham bila diberi tanggungjawab tersebut, saya juga akan sentiasa diberi tumpuan secara teliti.
Harry Maguire: “For England, yes, I do [feel appreciated]. Last season was difficult for the club but I’ve proven myself to Southgate. I’ve made over 50 caps. I’m England’s top-scoring defender. I’ve played nearly 200 times for #mufc. I’ve captained the club for three years.” pic.twitter.com/CR3Gp1Lent
— UtdDistrict (@UtdDistrict) March 25, 2023
“Jika diikutkan, musim lepas tahap permainan saya memang tidak bagus. Selain itu, rakan sepasukan lain juga sama bukannya hanya saya seorang. Semua menghadapi kesukaran,” luah Maguire menerusi Sportbible.