Harry Kane Dan Morata Lebih Berbaloi Daripada Cristiano Ronaldo Di Manchester United

Harry Kane kini adalah sasaran baru Jose Mourinho yang dilaporkan sedang cuba meyakinkan lembaga pengarah di Manchester United untuk mendapatkan penyerang prolifik itu dari Totenham Hotspur.

Niat Jose Mourinho ini dilaporkan oleh kebanyakkan tabloid di UK dan satu lagi nilai perpindahan rekod dunia turut akan berlaku jika perpindahan ini direalisasikan.

(Photo by Tottenham Hotspur FC/Tottenham Hotspur FC via Getty Images)

Manchester United dilaporkan akan menawarkan £100 juta untuk pemenang kasut emas Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2016-2017 itu.

Bagaimanapun Totenham Hotspur tidak berniat menjual penyerang antarabangsa England ini dan hanya mahukan yuran perpindahan bernilai £200 juta untuk berbuat demikian.

Harry Kane, memenangi anugerah kasut emas EPL untuk dua musim berturut-turut. Ketajaman penyudah Harry Kane dipercayai mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Zlatan Ibrahimovic.

Jose Mourinho berpendapat bahawa gandingan Alvaro Morata dan Harry Kane di jentera serangan Manchester United adalah lebih berbaloi daripada mendapatkan Cristiano Ronaldo.

(Photo credit should read FILIPPO MONTEFORTE/AFP/Getty Images)

Faktor usia Harry Kane yang baru sahaja mencecah 23 tahun, juga merupakan sebab Kane adalah pilihan yang lebih berbaloi daripada bintang Real Madrid, Cristiano Ronaldo.

Penyerang sensasi England ini adalah produk akademi Totenham Hotspur. Kane menyertai Totenham Hotspur pada tahun 2004 pada usia 10 tahun.

Beliau dilepaskan oleh akademi bola sepak Arsenal dua tahun sebelum itu.

Sebelum menjadi watak penting di White Hart Lane, Harry Kane turut pernah beraksi untuk Leyton Orient, Millwall, Norwich City dan juga Leicester City secara pinjaman.

(Photo by Michael Regan/Getty Images)

Harry Kane turut tampil di peringkat antarabangsa untuk semua peringkat umur pasukan England.

Debut pertama di peringkat anatarabangsa adalah ketika menggantikan Wayne Rooney dalam perlawanan kelayakkan UEFA Euro 2016 menentang Lithuannia pada Mac 2015.

Gol pertama di peringkat antarabangsa turut dijaringkan dalam debut tersebut selepas hanya 80 saat berada di atas padang.

Sehingga kini Harry Kane telah menjaringkan 8 gol daripada 19 penampilan untuk Three Lions.

Harry Kane baru sahaja menandatangani kontrak baharu untuk kekal bersama Spurs pada Disember 2022. Jika perpindahan ini mencapai kata sepakat dari semua pihak, ia pastinya akan mencipta satu lagi rekod dunia.

Sumber:

1. Colin Harvey, Daily Star (2017): Odds tumble on Harry Kane joining Manchester United – bookies;
http://www.dailystar.co.uk/sport/football/625070/Harry-Kane-Manchester-United-transfer-news-odds

2. METRO (2017): Jose Mourinho wants Manchester United to sign Harry Kane instead of Cristiano Ronaldo;
http://metro.co.uk/2017/06/24/jose-mourinho-wants-manchester-united-to-sign-harry-kane-instead-of-cristiano-ronaldo-6732632/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN