Harry Kane & Eto’o Antara Pernah Diatasi Oleh Jordi Amat

Bintang bola sepak berpengalaman iaitu Jordi Amat seperti diketahui antara pemain yang memiliki pengalaman cukup besar dalam dunia sukan tersebut sebelum ini di Eropah sebelum beliau hadir ke Asia.

Buat pertama kali menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim 2022, pemain warisan Indonesia itu tidak mengambil masa lama untuk memberikan impak cukup besar buat pasukan tersebut di atas padang.

Reputasi Jordi sebelum itu boleh dikatakan cukup gah dan membawa nama besar terutama di saingan La Liga serta English Premier League (EPL) bersama aksi cukuo menyakinkan.

Terbaharu, media sosial rasmi Premier League telah pun berkongsikan foto pemain kebangsaan Indonesia itu ketika beliau mewakili Swansea selama beberapa musim.

“Ketika Jordi Amat berhadapan dengan para bintang Premier League,” jelas laman tersebut sambil berkongsikan foto Jordi selaku pertahanan Swansea serta berhadapan dengan ramai bintang handalan dunia.

Menerusi 11 foto dikongsikan laman Premier League, Jordi telah pun berhadapan dengan legenda Manchester United iaitu Wayne Rooney, Mesut Ozil, Sergio Aguero, Diego Costa, Adam Lallana, Jamie Vardy, Samuel Eto’o, Harry Kane, Theo Walcott, Gabriel Agbonlahor, serta Danny Ings.

Untuk rekod, Jordi telah mencipta 72 penampilan secara keseluruhan bersama Swansea termasuk dalan saingan Europa League bagi musim 2013/2014.

Selain Swansea, nama Jordi turut terkenal dalam saingan di Sepanyol bersama beberapa kelab terkemuka serta menampilkan aksi cukup baik selama beberapa musim.

Di Malaysia, reputasi Jordi juga turut dianggap sangat hebat apabila beliau ketika ini sudah mencipta 53 penampilan buat JDT serta merekodkan dua gol serta lima bantuan jaringan.

Malah, Jordi juga sudah memperoleh lima kejuaraan domestik setakat ini bersama JDT walaupun baru beraksi selama beberapa musim di Malaysia.

Tidak setakat itu, beliau menjadi antara tonggak utama buat skuad senior Indonesia serta berjaya membantu pasukan itu beraksi cemerlang dalam saingan Piala Asia serta beberapa kejohanan di pentas antarabangsa.

Ketenangan serta pengalaman beliau jelas memberi impak cukup besar buat Sang Garuda setakat ini yang berada pada momentum cukup baik bawah kendalian Shin Tae-yong.

Malah, pemain ini dijangka bakal menjadi watak penting pada perlawanan esok membabitkan Indonesia bertemu Bahrain bagi pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN