Harry Kane Cedera Dan Rehat Panjang

Tottenham Hotspur berdepan dengan situasi yang mereka tak ingini. Ini apabila kapten mereka, Harry Kane sah cedera dan dijangka akan berehat panjang.

Harry Kane sudah menghebahkan perkara itu menerusi Twitter miliknya.

Harry Kane terus menjadi nadi penting Spurs musim ini. Beliau konsisten menjaringkan gol walaupun prestasi pasukannya yang turun naik.

Jose Mourinho pula pastinya perlu mencari alternatif lain. Hal ini kerana Harry Kane merupakan sandaran penting beliau.

Pasukan perubatan Tottenham mengesahkan pemain itu merasai kesakitan di bahagian hamstring sebelah kiri. Dan mereka akan berusaha untuk membantu Harry Kane.

Harry Kane dijangka akan disisihkan selama dua bulan. Beliau mengalami kecederaan di bahagian hamstring ketika menentang Southampton.

Spurs sebelum ini memiliki pemain ‘back up’ yang bagus seperti Fernando Llorente. Dan kini mereka berharap pemain penyerang sayap, Son Heung Min menjelmakan kualitinya.

Tottenham Hotspur juga dilaporkan sedang berusaha membawa masuk penyerang Borussia Dortmund iaitu Paco Alcacer. Ini kerana Dortmund baru sahaja mendapatkan Erling Braut Haaland.

Spurs bergelut dengan prestasi dalam usaha mereka mahu mara ke Liga Juara – Juara Eropah pada musim hadapan.

Jose Mourinho sudah pun kehilangan Tanguy Ndombele kerana kecederaan. Mourinho sendiri pening dengan situasi pemain itu.

Spurs akan fokus kepada aksi Piala FA berhadapan dengan Middlesbrough. Ini diikuti aksi berhadapan dengan pendahulu liga, Liverpool dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris.

Leave a Reply