Harry Kane Bakal Jadi Pemain Inggeris Terima Gaji Termahal

Tottenham Hotspur dilaporkan bersedia untuk menjadikan Harry Kane sebagai pemain Inggeris dengan gaji tertinggi di saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pada masa ini pemain sayap Manchester City, juga merupakan rakan sepasukan Kane di dalam pasukan kebangsaan England, Raheem Sterling adalah pemain yang mendapat bayaran termahal di kalangan pemain berbangsa Inggeris yang lain dengan pendapatan £180,000 seminggu.

(Photo by Ian MacNicol/Getty Images)

Tottenham Hotspur dilaporkan bersedia untuk menawarkan Harry Kane kontrak baharu dengan gaji bernilai £200,000 seminggu, sekaligus menjadikan Kane sebagai pemain Inggeris dengan pendapatan tertinggi di EPL.

Buat masa ini Kane sedang menerima bayaran berjumlah £110,000 seminggu, setelah menandatangani kontrak baharu sehingga 2022 pada Disember 2016.

Kontrak berkenaan menjadikan Kane sebagai pemain ke-35 di dalam senarai penerima bayaran tertinggi di EPL. Walaupun memiliki struktur bayaran bonus yang menarik, gaji pokok yang diterima oleh Kane masih dianggap rendah di kalangan pemain England.

(Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

Bekas rakan sepasukan Kane di Tottenham, Kyle Walker yang berhijrah ke Manchester City sebelum kempen musim ini bermula menerima gaji sekitar £130,000. Manakala penyerang Liverpool, Daniel Sturridge menerima bayaran sekitar £150,000.

Bayaran berjumlah £110,000 yang diterima oleh Kane adalah sama dengan jumlah yang diterima oleh pemain veteran Manchester United, Ashley Young, namun jauh ketinggalan berbanding jumlah yang diterima oleh bintang dari luar England di EPL seperti Paul Pogba (£290,000) dan Romelu Lukaku (£250,000).

Tottenham Hotspur mempunyai rekod dalam melakukan penambahbaikan ke atas kontrak pemain yang telah menunjukkan prestasi cemerlang bersama pasukan sebelum ini.

(Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Jumlah keseluruhan 56 gol yang dijaringkan oleh Kane sepanjang tahun 2017, bermakna kelab London tersebut harus memecahkan rekod bayaran kepada pemain dengan menawarkan jumlah bayaran sekitar £200,000 untuk memastikan Kane kekal di London.

Sebelum ini, bintang England berusia 24 tahun tersebut turut pernah mendapat pujian pengendali Los Blancos, Zinedine Zidane dan turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN