Harry Kane Akan Tinggalkan Tottenham Jika Satu Syarat Ini Tak Dipenuhi

Mourinho: 'We all know we were the better team' Loading official content
Mourinho: 'We all know we were the better team'
Fenerbahce manager Jose Mourinho reflects on his sides Europa League defeat to Rangers after the Turkish giants lost on penalties, with Mourinho stating that the best side lost.
0 seconds of 1 minute, 16 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea
01:23
00:00
01:16
01:16
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Mourinho: 'We are not at a disadvantage despite losing 3-1 to Rangers' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Courtois: 'I'm tired of teams crying about refereeing decisions' Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Rodri returns to the training pitch Pitchside Angle: Kei Hirose scores a decisive goal at Dewa United Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Minamino scores again for Monaco in draw against Toulouse Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Harry Kane memberitahu beliau akan meninggalkan Tottenham Hotspur jika kelab utara London itu tidak memenuhi satu syarat: menang trofi dalam masa terdekat.

Pengakuan Kane itu pastinya memberi tekanan kepada pengurus Jose Mourinho dan pengerusi Daniel Levy yang perlu memberi trofi kepada Spurs sebelum penyerang berbisa itu berhijrah keluar untuk mencari trofi.

Kali terakhir Spurs menjulang trofi adalah pada tahun 2008, ketika menewaskan Chelsea 2-1 untuk muncul juara Carling Cup.

Bercakap kepada Jamie Redknapp dalam satu sesi Instagram Live, Harry Kane berkata sebagai pemain yang bercita-cita tinggi beliau tidak akan kekal bersama Tottenham Hotspur selama-lamanya.

“Saya dah banyak kali kena tanya soalan ini. Saya tak boleh nak jawab ‘ya’ atau ‘tidak’.

“Saya cintakan Spurs. Saya sentiasa cintakan Spurs. Tapi kalau saya rasa kelab kita tak bergerak maju atau menuju ke arah yang betul, saya takkan terus kekal di sana hanya nak tunjuk kesetiaan.

“Saya seorang pemain yang bercita-cita tinggi. Saya nak menjadi lebih baik. Saya nak jadi pemain yang dihormati. Semuanya [masa depan di Spurs] bergantung kepada apa yang berlaku kepada pasukan dan kemajuan yang kita capai sebagai sebuah pasukan.

“Saya takkan kekal di sana [Spurs] selama-lamanya. Tapi saya tak nafikan akan ada kemungkinan saya kekal di sana selama-lamanya juga.”

Kemudian ketika ditanya oleh Redknapp tentang pilihannya antara ‘pemenang anugerah penjaring terbanyak Premier League’ dengan ‘pemenang trofi Premier League’, Kane tidak mengambil masa yang lama untuk menjawab ‘pemenang trofi Premier League’.

“Ya saya berada dalam rekod dan saya dah menang banyak anugerah individu. Tapi saya main bola untuk menang trofi sebagai sebuah pasukan.”

Sebagai rekod, penyerang berusia 26 tahun ini sudah menjaringkan 136 gol dalam hanya tujuh musim di Premier League.

Nisbah gol per perlawanan yang dimilikinya mencadangkan Kane berada dalam landasan tepat untuk memecah rekod Alan Shearer sebagai penjaring terbanyak Premier League sepanjang zaman.

Alan Shearer (gambar bawah) menjaringkan 260 gol daripada 441 penampilan Premier League (nisbah 0.59 gol per perlawanan). Harry Kane pula ketika ini sudah menjaringkan 136 gol dalam 201 penampilan liga untuk memberi nisbah 0.68 gol per perlawanan.

Jika Kane berjaya mengekalkan nisbah ini sehingga hari beliau mencatat 441 penampilan Premier League, beliau boleh menjaringkan 298 gol; sekaligus menjadi penjaring terbanyak liga sepanjang zaman.

Tetapi seperti yang dikatakan beliau, Kane sehingga kini masih lagi belum memenangi sebarang trofi bersama mana-mana pasukannya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Harry Kane:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN