Harry Kane: “Apalah Guna Jadi Pemain Bola Tapi Tak Jadi Juara?”

Harry Kane mengaku yang dirinya sebenarnya terdesak untuk memperoleh kejuaraan dalam karier bola sepaknya.

Beliau yang merupakan penyerang Tottenham Hotspur kini dalam prestasi yang cukup baik selepas menjaringkan 2 kali hatrik secara berturut-turut ketika menentang Fulham di FA Cup dan juga Stoke City di Premier League.

Terdesak

Kane nyata terdesak dalam mengecapi kejuaraan dengan kelab kesayangannya iaitu Tottenham Hotspur.

Minggu ini, Tottenham Hotspur menghadapi perlawanan penting apabila menerima kunjungan Everton di White Hart Lane.

“Perkara yang paling saya takutkan dalam karier saya adalah kegagalan mendapatkan sebarang trofi.”

Sebelum ini, Kane dan Tottenham mempunyai peluang yang cukup cerah untuk mendakap piala apabila bermain di perlawanan akhir English League Cup pada 2015.

Namun begitu, Kane dan pasukannya tewas di perlawanan akhir di tangan Chelsea dengan jaringan 2-0.

“Luka lama yang dilalui ketika perlawanan akhir itu masih lagi ada dalam hati saya. Saya masih terluka.”

“Saya nak menang sebanyak trofi yang saya mahu sebelum saya bersara.”

Musim lalu, satu lagi luka menimpa Kane dan Tottenham apabila mereka terlepas gelaran Premier League selepas nasib mereka ditentukan oleh Chelsea yang membolehkan Leicester City juara.

Tottenham Hotspur kini mempunyai rekod baik di laman sendiri setakat ini, mereka tidak tewas langsung di laman sendiri setakat ini.

Mereka menang 14 daripada 16 perlawanan di laman sendiri dengan baki 2 perlawanan adalah seri.

Baca juga: Suarez Terpaksa Menipu Isteri Dan Anak Beliau Kerana Insiden Gigit Chiellini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN