Harris Harun Ke Sepanyol, Pemain Singapura Pertama Beraksi Di Sana!

Harris Harun ke Sepanyol dan sah menyertai kelab divisyen 3 Sepanyol secara pinjaman semusim bersama kelab Centre d’Esports (CE) L’Hospitalet.

Berita ini disahkan oleh pihak JDT menerusi lama facebook rasmi mereka Johor Southern Tigers.

Pemain kebangsaan Singapura ini akan terbang ke Sepanyol pada 5 Februari nanti untuk menjalani prosedur berkaitan.

Beliau akan menjadi pemain Singapura pertama beraksi di Sepanyol selepas 2 orang anak Fandi Ahmad gagal untuk melepasi trial sebelum ini.

Harris Harun dikatakan ada opsyen lanjutan kontrak 2 tahun selepas kontrak semasa beliau berakhir pada akhir musim 2017.

Kuota pemain import Asia ketika ini diisi oleh Brian Ferreira yang memiliki kerakyatan Argentina-Iraq.

Baca juga: Brian Ferreira: Pengganti Jorge Pereyra Diaz Di JDT

Menurut laporan Chanel News Asia, ada beberapa kelab di Singapura cuba mendapatkan khidmat jeneral tengah ini secara pinjaman.

Kredit foto: JST

Namun mereka tidak mampu untuk membayar gaji Harris Harun sekitar $GD43,000.

Namun ini bukanlah kali pertama Harris ke Sepanyol untuk menimba ilmu di sana. Beliau pernah dihantar berlatih bersama akademi La Masia pada usia 16 tahun pada 2007.

Beliau menjadi pemain termuda melakukan debut untuk pasukan Singapura pada usia 16 tahun 217 hari.

Beliau sudah memiliki 71 caps kebangsaan di bahu beliau setakat ini.

Harris Harun antara pemain terabaik pernah menyarung jersi JDT. Beliau juga antara pemain import Asia yang sangat konsisten.

Beberapa minggu lalu, TMJ mendedahkan pemain ini sebagai antara pemain import yang paling disukai di JDT kerana tidak banyak songeh.

Harris Harun menjadi pemain penting dalam membantu JDT menjuarai Piala AFC 2015.

Beliau juga cemerlang membantu JDT memenangi kejuaraan hat trik Liga Super dengan musim invincibles musim lalu.

Harris Harun akan bersama 2 lagi pemain bukan Sepanyol di kelab tersebut iaitu Aboubacar Sidiki dari Mali dan Benjamin Akoto Asamoah dari Ghana.

JDT mengesahkan transaksi perpindahan ini adalah sebahagian daripada pelan jangka panjang kelab CE L’Hospitalet.

JDT diumumkan sebagai kelab ke-24 terbaik Asia dalam ranking kelab global. JDT Atasi Urawa Reds dan Buriram United Dalam Ranking Kelab-Kelab Terbaik AFC.

Mereka akan berkunjung ke Jepun untuk play-off terakhir ACL 2017. Ianya selepas mereka menewaskan Bangkok United pada 31 Januar lalu.

Selamat berjuang di Sepanyol Harris Harun dan semoga anda berjaya kembali semula ke pasukan yang adan sayangi JDT!

Baca juga: Analisis Taktikal: JDT Bergelut Mencari Platform Taktikal Ketika Menentang Bangkok United

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN