Harith Haiqal: “Saya Nak Bantu Selangor Layak Ke Piala AFC”

Pemain muda berbakat Selangor, Harith Haiqal Adam Afqar antara yang kini bersemangat untuk membantu pasukan diwakilinya itu ke saingan Piala AFC musim hadapan.

Musim ini menjadi sesuatu yang sangat positif buat bintang pertahanan tersebut, selepas kerap diberi peluang untuk beraksi serta menyerlahkan potensi dirinya.

Malah, Harith juga membuktikan di sebalik ramai pemain import dan senior yang berada dalam pasukan itu, beliau masih mampu untuk memberi saingan bagi menarik perhatian pengendali mereka Tan Cheng Hoe.

Ketika ini, motivasi Harith dilaporkan berada dalam keadaan cukup baik untuk terus membantu The Red Giants mara ke saingan Piala AFC musim hadapan.

Jelas Harith, beliau kini sangat gembira dengan prestasi semasa, namun mengakui masih banyak kelemahan lain perlu diperbaiki untuk tampil lebih konsisten.

“Saya gembira dapat bermain dalam kesebelasan utama dan saya bersyukur. Tapi saya tak pernah berhenti di sini, saya akan terus cuba perbaiki kelemahan yang ada dan saya nak bantu pasukan layak ke Piala AFC,” kata Harith menerusi Harian Metro.

Untuk rekod, Harith kini sudah pun meledak tiga gol secara keseluruhan musim ini bersama pasukan utama Selangor dalam saingan Liga Malaysia (Liga M).

Pada masa sama, Cheng Hoe sendiri mengakui beliau sangat berpuas hati dengan sumbangan telah diberikan oleh Harith Haiqal bersama pasukan selepas diberi peluang.

Cheng Hoe juga menyifatkan pemain muda itu sebagai seseorang yang mempunyai potensi besar untuk tampil selaku pertahanan terbaik negara pada masa hadapan.

Selain membentuk kombinasi pertahanan yang baik bersama rakan sepasukan lain, Harith juga disifatkan sebagai seseorang yang mempunyai naluri penyudah cukup baik di hadapan gawang gol lawan.

“Harith Haiqal pertahanan tengah yang ada potensi masa depan. Bukan dia seorang yang bermain bagus, tapi dia ada kawan-kawan sekeliling yang bagi dia sokongan.

“Dengan umur masih muda, dia kena terus pastikan konsistensinya dalam persembahannya. Paling penting, dia sendiri yang ingin terus meningkat,” katanya.

Selain Harith, Selangor juga diakui sebagai antara pasukan yang memiliki ramai pemain muda berkualiti dan menunggu masa sahaja untuk menyerlah dalam saingan liga musim ini.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN