Harith Haiqal Antara Pemain Malaysia Paling ‘Hambar’ Ketika Berdepan New Zealand

Nama pertahanan muda Malaysia iaitu Harith Haiqal bin Adam Afkar antara yang menjadi tumpuan selepas aksi kekalahan membabitkan skuad kebangsaan menentang New Zealand semalam.

Dibawa turun dalam kesebelasan utama bersama skuad senior pada aksi tersebut, gandingan beliau bersama Dominic Tan Jun Jin semalam jelas kurang memberansangkan daripada segi persefahaman.

Ketiadaan Dion Cools di posisi jentera pertahanan jelas amat dirasai sehingga gandingan Harith bersama Dominic dilihat tidak mempunyai persefahaman terbaik.

Pada aksi tersebut, Malaysia mencatat kekalahan 0-4 di tangan New Zealand yang hadir dengan jurang kualiti permainan cukup jauh jika dibandingkan skuad kendalian Pau Marti Vicente.

Selain daripada lambat mengesan gerakan lawan, kualiti Harith daripada segi fizikal juga gagal untuk menyaingi barisan serangan New Zealand terutama daripada perebutan bola di udara.

Bukan sahaja tertumpu kepada pertahanan muda Selangor itu, sebaliknya beberapa nama pemain lain turut tampil mengecewakan sepanjang tempoh 90 minit aksi tersebut berlangsung.

Endrick dos Santos

Selaku pemain tengah menyerang, Endrick jelas kurang memberi sokongan sepatutnya kepada rakan sepasukan lain ketika Malaysia memperoleh situasi untuk mengasak ke arah kubu pasukan lawan.

Malah, beliau juga kerap melepaskan penguasaan bola kepada pemain lawan selain lambat mengatur gerakan lebih baik untuk cuba mendapatkan jaringan.

Lebih mengecewakan, pemain naturalisasi dari Brazil itu seolah mempunyaj kualiti seperti pemain tempatan sahaja dan tiada sebarang gerakan individu atau bersama rakan sepasukan lain boleh dipuji.

Nooa Laine

Pemain tengah ini juga tampil kurang menyakinkan untuk membentuk gandingan lebih baik bersama Syamer Kutty bagi memastikan penguasaan bola kepada Harimau Malaya.

Entah di mana silapnya, Nooa gagal untuk memberi sokongan lebih baik kepada rakan sepasukan lain dan beliau begitu mudah diatasi oleh barisan pemain lawan.

Baik ketika situasi bertahan atau menyerang, pemain muda ini gagal menyerlah dengan lebih baik serta lebih banyak membiarkan tugas itu kepada Syamer Kutty sahaja.

Corbin Ong

Prestasi semasa Corbin boleh dianggap tidak berada pada tahap sebenar jika dibandingkan kualiti beliau sejak aksi-aksi lalu membabitkan dirinya bersama pasukan kebangsaan di pentas antarabangsa.

Selain kurang memberi sokongan kepada rakan serangan di sebelah kiri, beliau juga kerap melepaskan penguasaan bola kepada pemain lawan sehingga menimbulkan ancaman berbahaya buat kem pelawat.

Secara keseluruhan, ini merupakan salah satu aksi paling kurang memuaskan buat Corbin bersama skuad kebangsaan daripada segi impak beliau di atas padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN