Tonggak skuad B-19 negara, Harith Haikal meluahkan kekecewaannya berikutan pembatalan Piala Dunia B-20 tahun depan dan telah dianjakkan ke tahun 2023.
Ini bakal menyaksikan generasi terkini yang sepatutnya mewakili negara ke saingan Kejuaraan AFC B-19 yang bakal berlangsung tahun depan dan ke Piala Dunia – jika layak, bakal kempunan. Memang menjadi impian Harith Haikal untuk menjejakkan kaki ke Piala Dunia, namun kini, ianya hanya tinggal impian dalam dirinya.
Katanya yang kini beraksi bersama Selangor 2 untuk saingan Liga Malaysia, “Lepas ini kalau nak main Piala Dunia pun kena main Piala Dunia peringkat senior.”
#OFFICIAL: FIFA has cancelled the 2021 editions of the U17 & U20 Men's FIFA World Cup which were scheduled to take place in 🇵🇪 Peru & 🇮🇩 Indonesia respectively due to the COVID-19 pandemic.
The competitions will still however take place in Peru [U17] & Indonesia [U20] in 2023. pic.twitter.com/Wa13YKxmmd
— Asian Football (@AsianFootballs) December 24, 2020
Jelas terdengar nada kecewa kepada kenyataannya itu dan beliau bersama rakan-rakan sepasukannya kini perlu berusaha untuk membawa skuad kebangsaan pula selepas ini, jika mahu merasai permainan di peringkat tertinggi di dunia itu.
Ini kerana, bukan hanya sekali impiannya untuk ke Piala Dunia gagal, ini merupakan kali kedua beliau gagal ke Piala Dunia selepas dua tahun lalu turut gagal membawa skuad B-16 kebangsaan ke Piala Dunia B-17. Pastinya, ia sangat perit buat dirinya.
“Bila saya tahu berita itu [Piala Dunia B-20 batal], ‘mood’ saya terus hilang sebab main di Piala Dunia adalah impian dan cita-cita saya sejak kecil. Lagipun pasukan kali ini bagi saya cukup mantap dan kami boleh buat sesuatu dalam Piala AFC [Kejuaraan AFC B-19] di Uzbekistan untuk dapat tempat ke Piala Dunia B-20.
Kejamnya bola sepak. Pasukan yang kena titik 6-2 tu lah yang ke Piala Dunia. Anak buah LTK jauh lebih bagus berbanding mereka.
Truly, it wasn’t meant to be for us. But trust me, we got gems in our hands. Save this tweet, our future is bright. #AFCU16 pic.twitter.com/XqN67ymy15
— Falsneo (@faliqfirdaus) September 30, 2018
“Kecewa sangat tapi apa boleh buat kesihatan lebih utama dan saya akan cuba lupakan rasa kecewa ini,” jelasnya lagi yang merupakan produk Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Tambahnya lagi mengenai rasa kecewanya itu, “Dan [kecewa] mungkin ambil masa [pulih].”
Selain pengumuman pembatalan kejohanan Piala Dunia B-20 di Indonesia tersebut, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) turut membatalkan Piala Dunia B-17 di Peru, namun begitu, kedua-dua negara terbabit tetap dikekalkan sebagai tuan rumah untuk edisi seterusnya iaitu dijangkakan bakal berlangsung pada 2023.
Ketika ditanyakan oleh Harian Metro mengenai perancangannya, Harith Haikal berkata, “Buat masa ini, saya mahu fokus dulu dengan skuad Selangor dalam Liga Malaysia. Kalau boleh saya nak bantu dulu Selangor 2 dalam Liga Perdana dan cuba rebut tempat dalam Selangor 1 dalam Liga Super dan itu sasaran saya.”
KREDIT FEATURED IMAGE: FAM
Baca lagi artikel lain mengenai Harith Haikal dan Malaysia B-19:
Mukhairi Ajmal, Harith Haikal Diserap Ke Skuad Senior Selangor
Selangor Sisihkan Bakat Muda? Tentunya Tidak, Kata Michael Feichtenbeiner
FAS Guna Saluran Betul Dapatkan Graduan AMD, Tiada Isu ‘Pintu Belakang’