Harini Mahu Pastikan Kedudukan Mereka Di Piala Malaysia Terjamin

Harini

Kapten pasukan Liga M3, Harini, Nasir Basharudin percaya mereka tidak boleh melakukan kesilapan dalam baki tiga lagi perlawanan untuk merebut slot ke Piala Malaysia melihat kepada jurang mata yang dekat dalam kedudukan liga.

Kemenangan Harini ke atas Malaysia University dengan keputusan 3-1 pada Sabtu lalu meletakkan mereka di takhta liga dengan 23 mata.

Sudah tentu berbaki tiga lagi perlawanan untuk mengesahkan slot ke Piala Malaysia sangat penting buat skuad kendalian P. Maniam bagi memastikan mereka kekal berada sekurang-kurangnya dalam kedudukan dua teratas liga.

3 Cara Nak ‘Upgrade’ Pengalaman Layan Liga Malaysia Anda

Justeru, bekas kapten Perak ini sedar dia dan rakan sepasukan tidak boleh selesa apatah lagi pasukan lawan masih mampu untuk mengejar melihat kepada jumlah mata yang tidak jauh antara mereka.

“Satu perlawanan yang seimbang sebenarnya dan kami memang menerima tentangan hebat daripada Malaysia Univeristy.

“Tetapi pemain semua menunjukkan kesungguhan sehinggalah wisel penamat untuk kami mendapat tiga mata sekarang.

“Pada saya, jumlah mata daripada kedudukan pertama sehingga lima dalam liga memang tidak jauh jadi masing-masing masih ada peluang untuk ke Piala Malaysia.

“Apa-apa pun, saya rasa ini adalah peluang yang baik dari MFL untuk kami di Liga M3 beraksi di Piala Malaysia sebab boleh memberi ruang sekali lagi untuk kita merasa balik bermain di pertandingan itu,” jelasnya.

Terdahulu, undian Piala Malaysia tempoh hari menyaksikan kelab M3 yang menduduki tangga teratas liga bakal berdepan Terengganu di pusingan 16 terakhir manakala mereka yang menghuni kedudukan kedua akan menentang Sri Pahang.

Bagi Nasir yang juga merupakan mantan pemain Terengganu, baik Sang Penyu atau Tok Gajah, kedua-duanya merupakan pasukan yang cukup baik di Liga Super dan ia akan menjadi perlawanan yang menarik untuk menentang salah satu pasukan tersebut.

“Kita tahu Terengganu dan Pahang adalah pasukan yang besar dan mereka juga di kedudukan yang agak baik dalam liga.

“Memang kita sedar cabaran yang besar untuk lawan pasukan itu tetapi InsyaAllah Harini akan mampu untuk bersaing dengan mereka sekiranya berpeluang,” tambahnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN