Harimau Muda Mara Ke Piala AFC B-23, Penyokong Malaysia Bangga!

Tiada kata yang mampu menggambarkan perasaan bangga apabila pasukan muda kebangsaan B-23 tahun kita mara secara merit ke Shanghai untuk kejohanan Piala AFC B-23 2018.

Malaysia layak secara automatik selepas menang ke atas Mongolia. Keputusan seri di antara Thailand dan Indonesia tidak akan menggangu pasukan negara kita.

Indonesia cemerlang menewaskan Mongolia dengan 7-0 dalam perlawanan kedua namun masih gagal untuk mengatasi Thailand selepas hanya seri dengan pasukan Gajah Putih tersebut.

Thailand pada perlawanan pertama diikat mengejut oleh Mongolia dengan gol penalti pada minit ke-88.

Jadi, pasukan Thailand menduduki tangga ke-2. 10 juara kumpulan akan layak secara automatik. 5 lagi pasukan naib juara terbaik akan mara dengan satu kuota untuk pasukan tuan rumah.

Malaysia B-23 -/ Foto – FAM

Ramai peminat resah dengan rintangan awal dihadapi pasukan negara dalam perjalanan mereka ke Bangkok.

Pasukan Malaysia juga berhadapan dengan masalah masa yang sangat terhad untuk persediaan kali ini. 5 hari sahaja masa yang Datuk ong Kim Swee miliki untuk mempersiapkan skuad ini.

Skuad Malaysia hanya bertolak sehari sebelum perlawanan pertama mereka. Sedangkan pasukan seperti Indonesia sudah 10 hari tiba lebih awal.

Namun skuad yang ada ternyata terlalu berhak untuk dibawa ke Shanghai berdasarkan kegigihan mereka demi negara.

Sebelum ini, skuad B-23 menjadi pasukan pertama menghadiahkan kemenangan kepada Presiden baru FAM, TMJ. Mereka terus memberikan senyuman kepada TMJ dengan mara ke Piala AFC B-23.

Menjadi juara kumpulan yang sama dengan Thailand dan Indonesia. Menewaskan Indonesia 3-0 dalam perlawanan pertama. Namun tunduk di tangan Thailand pada perlawanan kedua. Menang ke atas Mongolia di perlawanan terakhir.

Tahniah Harimau Muda. Semoga ini akan menjadi inspirasi skuad Harimau Malaya (senior) dalam kempen kelayakan Piala Asia mereka selepas ini.

Kejayaan pemain B-23 ini diraikan oleh seluruh penyokong Malaysia yang berbangga dengan mengucapkan tahniah di atas pencapaian mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN