Harimau Malaya Tidak Boleh Terlampau Pandang Tinggi UAE

Di atas kertas, jurang di antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu jelas ketara. Tatkala pasukan negara berada di ranking ke-159 dunia di dalam senarai kedudukan FIFA, UAE pula berada di kelompok atasan di kalangan pasukan Asia di tangga ke-65 dunia.

Hanya Iran, Jepun, Korea Selatan, Australia, dan Qatar – di kalangan negara Asia – yang berada di atas UAE pada ketika ini, memberikan indikasi jelas skuad kendalian Bert Van Merwijk itu bukan calang-calang pasukan.

Namun menjelang pertemuan diantara Malaysia dengan pasukan dari negara Timur Tengah itu, pasukan negara tidak seharusnya mempunyai rasa rendah diri dan terlalu menghormati lawan – terutama ketika aksi di tengah padang.

Sesi Latihan Rasmi Skuad Harimau Malaya

Skuad kebangsaan, Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe turun menjalani sesi…

Posted by Football Association of Malaysia (Official) on Sunday, September 8, 2019

Menurut bekas pemain negara, Afandi Yusof yang pernah menyarung jersi negara pada era 70an, pasukan negara sepatutnya melupakan sebentar ranking dan rekod pertemuan kedua-dua pasukan sebelum ini.

Ketika bercakap kepada BERNAMA, beliau dipetik sebagai berkata:

“Bola sepak tidak boleh terlalu melihat kepada ranking pasukan, jika mengikut kepada ranking Malaysia sudah jauh ketinggalan dan kalah kerana UAE berada di ranking 65 manakala Malaysia berada di ranking 159.

“Pemain harus menggunakan sepenuhnya kemampuan yang dimiliki untuk mencipta kejutan pada perlawanan malam esok,” katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Apa yang dikatakan oleh Afandi ada benarnya. Ini kerana kemampuan sebenar dan keputusan akhir perlawanan sebenarnya lebih banyak bergantung kepada apa yang terjadi di atas padang seperti taktikal dan bagaimana disiplin pemain menerapkan setiap arahan yang diberikan oleh jurulatih.

“Setiap jurulatih mempunyai taktikal sendiri namun untuk melaksanakannya bergantung sepenuhnya kepada pemain ketika beraksi di atas padang .

“Saya lihat pemain negara mempunyai kekuatan dan peningkatan dalam corak permainan contohnya ketika bermain di Indonesia tempoh hari.

“Walaupun ketinggalan pasukan mampu mencari gol penyamaan dan gol kemenangan, oleh itu permain tidak sepatutnya terlampau hormat kepada pasukan lawan malam esok, ” katanya lagi.

Antara pemain yang dilihat oleh Afandi mampu memberikan perbezaan besar kepada persembahan pasukan negara pada malam ini ialah Brendan Gan, Matthew Davies dan Mohamadou Sumareh.

“Kehadiran mereka ini dapat mengimbangi pemain-pemain pasukan lawan, namun pemain pasukan negara tidak harus cepat hilang bola bagi mencipta gerakan,” katanya.

Untuk rekod Malaysia hanya pernah menang dua kali sepanjang 12 pertemuan membabitkan kedua-dua negara.

Kali terakhir Malaysia merekodkan kemenangan ialah pada 1982, apabila pasukan negara menewaskan UAE 2-1 di Kejohanan Pestabola Merdeka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN