Ketua Jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe terpaksa mengambil keputusan mengugurkan penjaga gol Kedah, Ifwat Akmal Chek Kassim untuk menghadapi tiga perlawanan antarabangsa membabitkan pasukan negara sepanjang Oktober hadapan.
Ifwat dilaporkan mengalami kecederaan dan kelihatan tidak selesa pada babak pertama perlawanan dalam perlawanan suku akhir pertama menentang PKNP FC di Stadium Majlis Perbandaran Manjung pada Rabu lalu.
Kedah bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang perlawanan tersebut 2-1.
Disebabkan kecederaan Ifwat itu, Tan Cheng Hoe telah mengambil keputusan untuk memanggil penjaga gol Selangor, Khairulazhan Khalid.
Pasukan negara dijadualkan akan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Sri Lanka di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 5 Oktober 2019 (Sabtu) dan seterusnya aksi ketiga Kumpulan G bagi Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Vietnam di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi pada 10 Oktober 2019 (Khamis) dan Perlawanan Antarabangsa Tier 1 bertemu Hong Kong di Stadium Hong Kong pada 15 Oktober 2019 (Selasa).
Tahniah Khairulazhan Mohd Khalid kerana tersenarai untuk melaporkan diri bagi Latihan Pusat Pasukan Kebangsaan sebagai…
Posted by FA Selangor on Friday, September 27, 2019
Seramai 25 pemain telah dipanggil untuk menghadiri latihan pusat yang akan bermula pada Isnin, 30 September akan datang.
Ifwat adalah antara pemain yang bersama pasukan negara ketika mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas Indonesia dan tewas 2-1 kepada Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun tidak diturunkan pada kedua-dua perlawanan.
Dalam dua perlawanan lalu, Farizal Marlias yang juga menggalas peranan sebagai kapten pasukan adalah pilihan pertama Tan Cheng Hoe.