Harimau Malaya Semakin Tempang Dengan Kecederaan Junior Eldstal

Pengendali skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mungkin sedikit pening kepala dengan perkembangan terbaru ini.

Ini kerana pemain tengah skuad Harimau Malaya, Junior Eldstal mungkin terpaksa disisihkan dalam perlawanan menentang Laos esok.

Pemain itu mengesahkan dirinya mengalami kecederaan dan kini terpaksa berehat untuk memastikan dirinya berada pada tahap kecergasan sepenuhnya.

Perkara itu dikongsikan oleh pemain kacukan Sweden-Malaysia itu melalui akaun Twitter miliknya sebentar tadi.

“Tidak berapa bernasib baik apabila bermain untuk pasukan negara akhir-akhir ini. Telah beraksi perlawanan terakhir dengan rasa kesakitan, dan rasa tegangan di bahagian perut,” kongsi pemain berusia 30 tahun itu.

“Sekarang masa untuk pulih dan bersiap untuk kembali 100%. Jangan risau, semalam [sudah] mandi bunga.”

Junior adalah pemain kesebelasan utama pasukan Harimau Malaya mencatatkan kemenangan 3-1 di dalam perlawanan pertama Kumpulan A di Piala AFF pada Isnin lalu.

Namun hanya selepas beberapa minit perlawanan pada babak pertama berlangsung, pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe bertindak mengeluarkan pemain itu untuk digantikan oleh Mukhairi Ajmal.

Bercakap kepada media selepas perlawanan, Tan Cheng Hoe berkata Junior dikeluarkan atas alasan taktikal dan kemasukkan Mukhairi bertujuan memberikan lebih keseimbangan di bahagian tengah.

Tetapi sepanjang aksi tersebut, Junior sebenarnya kelihatan bergelut menangani kepantasan pemain Kemboja. Situasin tersebut mungkin berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya.

Walaupun mengalami kecederaan, ia dijangka tidak akan menjejaskan secara langsung. Tiada garis masa dikongsi oleh pemain itu sama ada beliau akan terus tersisih atau pun sekadar mengalami kecederaan ringan yang memerlukan rehat beberapa hari untuk kembali pulih. Namun ia masih dianggap berisiko untuk terus menurunkan beliau terus ke dalam perlawanan menentang Laos esok.

Mengambil kira Tan Cheng Hoe kini hanya memiliki 21 pemain selepas terpaksa menyisihkan Khairulazhanhan Khalid dan Faisal Halim, kecederaan kepada mana-mana pemain di peringkat kejohanan sebegini tetap masih perlu dihindarkan oleh pasukan negara. Dion Cools pula belum lagi tiba untuk menyertai pasukan.

Apatah lagi posisi pemain tengah bertahan kekurangan pemain setelah Akram Mahinan dan Kenny Pallraj terpaksa melupakan terus pertandingan Piala AFF akibat kecederaan yang dialami ketika perlawanan akhir Piala Malaysia yang lalu.

Ketiadaan Junior bermakna Tan Cheng Hoe perlu terus berharap kepada kudrat Baddrol Bakhtiar di posisi tengah.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN