Harimau Malaya Sedia Cipta Sejarah Dalam Saingan Piala Asia

Skuad Harimau Malaya kini boleh dianggap berada dalam prestasi yang sangat hebat selepas mengharungi beberapa perlawanan persahabatan serta kejohanan bertemu pasukan-pasukan lebih hebat.

Jika suatu ketika Malaysia boleh dikatakan sukar untuk mencipta sebarang kemenangan bertemu pasukan handalan dari Benua Asia lain, kini segalanya tampak tidak mustahil lagi.

Segalanya bermula selepas Malaysia berjaya melayakkan diri secara merit pada tahun lalu dalam saingan Piala Asia selepas mereka mendapat sentuhan magis daripada pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan-gon.

Sentuhan pengendali tersebut yang bijak menggunakan pemain bersesuaian dengan taktikal beliau menjadikan kini Malaysia sebenarnya serba lengkap di segenap posisi untuk berhadapan mana-mana lawan.

Terbaharu, Malaysia kini unggul selaku pendahulu Kumpulan D bagi saingan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas Harimau Malaya mencipta dua kemenangan berturut-turut untuk mengatasi Republik Kyrgyz serta Taiwan.

Dua kemenangan tersebut juga berjaya melonjakkan ranking Harimau Malaya kini untuk berada di tangga ke-130 dunia dan itu merupakan antara rekod terbaik Malaysia sejak beberapa tahun.

Kejayaan itu jelas melonjakkan semangat para pemain negara kini untuk tampil beraksi dengan cemerlang di pentas Piala Asia tidak lama lagi termasuk, Junior Eldstal.

Menurut Eldstal, beliau mahu para pemain negara kini memberi tumpuan penuh kepada kejohanan tersebut untuk merekodkan keputusan lebih membanggakan pada masa hadapan.

Kata pertahanan tinggi lampai itu, beliau melaungkan keyakinan pasukan kebangsaan mampu untuk melakar satu lagi sejarah baharu selepas mereka melayakkan diri ke saingan Piala Asia setelah menamatkan penantian 43 tahun bagi beraksi di kejohanan tersebut.

Tambah menyakinkan, Eldstal mengakui kini skuad Harimau Malaya memiliki magis tersendiri untuk berdepan mana-mana lawan di ranking lebih tinggi kini bagi saingan antarabangsa.

“Persediaan kena lebih mantap sebelum kita pergi sana (Piala Asia di Qatar), kita tahu kita ada perlawanan persahabatan yang bagus untuk persiapan.

“Tapi bagi saya pasukan ini macam ada rasa yang kami boleh pergi jauh. Kita tidak takut main dengan pasukan apa atau pasukan mana…kita ikut taktikal jurulatih (main ikut perancangan),” katanya menerusi laporan Harian Metro.

Pada masa sama, pertahanan Dewa United itu turut memuji rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan yang disifatkan sentiasa berusaha keras untuk melakar keputusan positif atas nama Malaysia.

“Kita tahu pemain yang masuk, pemain yang main. Bagi 100 peratus tak berhenti berlari, menang bola tinggi, menang terjahan, tak berhenti beri tekanan dan tak takut lawan mana-mana pasukan. Saya harap kita mampu buat satu lagi sejarah (di Piala Asia),” katanya akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN