Harimau Malaya Perlu Waspada Kebangkitan India Di Laman Sendiri

Suka atau tidak, Harimau Malaya perlu memberi fokus terbaik mereka pada aksi hari esok apabila mereka bakal menghadapi cabaran daripada India bagi siri persahabatan kedua pada bulan November.

Sebelum ini, Malaysia berjaya mencipta kemenangan 3-1 ketika mereka menewaskan cabaran Laos ketika aksi berlangsung di Thailand bersama aksi tidak begitu menyakinkan di atas padang.

Mengambil iktibar daripada aksi lalu, sudah tentu Pau Marti Vicente menyedari segala bentuk kelemahan yang ada untuk diperbaiki supaya momentum kemenangan terus diperoleh Malaysia.

Walaupun begitu, bekas pengendali skuad pembangunan Barcelona itu memiliki masa yang sangat terhad untuk mencipta strategi baharu untuk menghadapi cabaran tuan rumah.

Apatah lagi beliau juga turut kehilangan tiga tonggak penting iaitu Feroz Baharudin, Arif Aiman Hanapi, serta Matthew Davies yang dipanggil pulang oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) setelah permohonan dibuat.

“Sekarang kami sudah tidak ada banyak masa dan keadaan ini (padang bertakung air ketika lawan Laos) menyedarkan kami untuk lebih besedia. Pastinya India juga mahukan kemenangan.

“Jadi, sudah pasti mereka akan menjanjikan cabaran sukar buat kami. Untuk itu kami harus siapkan diri untuk lebih bersedia sebelum berdepan mereka,” kata beliau menerusi Berita Harian.

Rekod pertemuan kali terakhir kedua pasukan tersebut pada tahun lalu apabila Malaysia mencipta kemenangan 4-2 mengatasi India di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Prestasi semasa pasukan lawan sejak kebelakangan ini juga sedikit menurun dan ianya sudah tentu merupakan peluang perlu diambil sepenuhnya oleh Pau Marti esok.

Kali terakhir pasukan itu meraih kemenangan pada November tahun lalu ketika mereka menewaskan cabaran Kuwait bersama keputusan 1-0.

Selepas itu, mereka mencipta keputusan sangat hambar dalam 11 perlawanan dilalui tanpa meraih sebarang kemenangan di pentas antarabangsa.

Daripada 11 aksi dilalui, India mencatat empat kali sahaja keputusan seri serta selebihnya terarah kepada kekalahan sahaja bersama aksi cukup tidak konsisten.

Peluang itu perlu direbut Malaysia, selain mereka juga wajar berwaspada untuk mengelakkan siri kebangkitan India di halaman sendiri pada hari esok.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN