Jika skuad Harimau Malaya berhasrat untuk mendapatkan pemain warisan bagi memperkukuhkan keadaan semasa skuad kebangsaan, mereka perlu memperhalusi sebaik mungkin daripada segi kualiti.
Umum mengetahui bola sepak Malaysia kini sedang menjalani revolusi daripada segi pucuk pimpinan sehingga ia turut membabitkan kalangan pemain untuk meningkatkan kualiti semasa di pentas antarabangsa.
Salah satu titik perubahan baharu yang sedang hangat dibincangkan kini dalam kalangan peminat bola sepak di Malaysia sudah tentu berkenaan pemain warisan yang bertebaran di seluruh dunia.
Hal pemain warisan ini sebenarnya bukan suatu perkara yang baharu kerana Harimau Malaya sudah pun menggunakan khidmat ramai pemain warisan terdahulu dengan pelbagai latar belakang.
🥶 𝗖𝗼𝗼𝗹 (𝘀) 𝗮𝘀 𝘆𝗼𝘂 𝗹𝗶𝗸𝗲
⚡ Dion Cools coming 🔜 to Thunder Castle!#ACL | @Djcools_21 pic.twitter.com/fYm9SwnGMz
— #ACLElite | #ACLTwo (@TheAFCCL) January 14, 2023
Tonggak Sabah iaitu Stuart Wilkin, Matthew Davies, Dion Cools, Corbin Ong, Natxo Insa, David Rowley dan ramai lago pemain warisan sebenarnya pernah mewarnai skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa.
Malah, ada juga beberapa pemain warisan yang dianggap memiliki kualiti mengecewakan jika dibandingkan oleh barisan pemain tempatan lain dan tidak berjaya untuk bola sepak negara.
Disebabkan itu, Datuk Richard Scully hadir memberi nasihat kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk mendapatkan pemain-pemain warisan yang berkualiti sahaja dan jauh lebih baik berbanding tonggak tempatan.
Jelas Richard menerusi Harian Metro, pemain warisan yang ingin didaftarkan perlu berada di gear lima atau enam supaya mereka mampu memberikan impak positif buat pasukan kebangsaan.
“Saya rasa pemain warisan itu baik untuk jangka masa pendek dan kena ambil pemain yang betul-betul berkualiti untuk membantu Harimau Malaya sebab kita dalam proses revolusi.
“Kita tidak boleh ambil pemain warisan yang berada di gear satu atau rendah (prestasi). Dalam isu ini, sudah pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Ada orang berminat dan sebaliknya.
“Secara keseluruhannya, pendekatan diambil itu dilihat langkah bijak bagi merealisasikan apa yang sedang diimpikan untuk bersaing pada Kelayakan Piala Asia tahun hadapan serta beraksi di Piala Asia 2027,” kata Richard.
Pada masa sama, beliau turut berharap supaya FAM tidak melupakan bakat-bakat tempatan dan merancang strategi supaya mereka tidak terus ketinggalan.
🔥 Stuart Wilkin opens the #MitsubishiElectricCup scoring in style!#ASEANUtdFC pic.twitter.com/nb2T2qj6Jj
— ASEAN United FC (@aseanutdfc) December 8, 2024
“Tetapi dalam proses itu, kita tidak boleh abaikan pemain tempatan juga dan mereka perlu bangkit serta tidak boleh berputus asa untuk berjuang mendapatkan tempat.
“Meskipun mereka menerima kecaman dalam saingan Piala Asean baru-baru ini, tetapi kita kena bersabar, kita kena bagi pendedahan untuk tengok hasil dia dalam proses yang panjang,” katanya.