Harimau Malaya Mungkin Terpaksa Lupakan Khidmat Lee Tuck

Lee Tuck, Terengganu FC, Irfan Bakti

Tonggak import Terengganu FC, Andrew Lee Tuck kemungkinan tidak dapat menyarung jersi skuad Harimau Malaya melalui status sebagai pemain warisan negara (kacukan) pada perlawanan antarabangsa yang akan datang.

Menurut Stadium Astro, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) belum dikemukakan dokumen untuk membuktikan beliau mempunyai pertalian darah dgn Malaysia sekaligus merumitkan proses pendaftaran pemain itu sebagai pemain tempatan.

Perkembangan itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi yang menjelaskan pihaknya terpaksa menangguhkan hasrat untuk mendapatkan khidmat pemain itu kerana perlu mendapatkan dokumen lengkap membabitkan status neneknya yang dikatakan berasal dari Malaysia.

“Kami sedang mendapatkan dokumen yang lengkap bagi memastikan Lee Tuck dapat menjadi pemain warisan negara,” katanya.

Jawatankuasa itu turut memberi tempoh dua minggu kepada Jabatan Skuad Kebangsaan untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi membolehkan Lee Tuck mewakili negara dalam aksi playoff kelayakan Piala Dunia 2022, Jun ini.

Lee Tuck
Lee Tuck. FOTO: TFC

Yusof sudah mendedahkan FAM sudah mempunyai beberapa calon terbaik untuk didaftarkan sebagai pemain naturalisasi kedua negara selepas pemain sayap Pahang, Mohamadou Sumareh.

Antara pemain yang dikatakan bakal memperkuatkan skuad kebangsaan ialah bekas pemain import Kedah, Liridon Krasniqi, penyerang import Kuala Lumpur, Guilherme De Paula dan penyerang import UKM FC, Michael Ijezie.

“Kami sedang berusaha untuk mendapatkan dua lagi pemain naturalisasi, namun penilaian secara terperinci harus dilakukan untuk mendapatkan pemain yang sesuai dengan skuad negara,” katanya lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN