Harimau Malaya Kempunan Dua Perlawanan Persahabatan

Malaysia Harimau Malaya Harimau Muda Misi Bersama 2021-2022

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) terpaksa membatalkan sahaja dua perlawanan persahabatan antarabangsa yang dirancang sepanjang Ogos dan September ini, selepas kesukaran mendapat pengesahan kemasukan pasukan pelawat ke dalam negara.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingham melalui satu kenyataan rasmi dikeluarkan badan induk bola sepak negara itu sebentar tadi.

Jendela perlawanan antarabangsa FIFA dijadualkan dibuka mulai 30 Ogos akan datang sehingga 7 September depan, dan sepatutnya memberi peluang kepada Ketua Jurulatih negara, Tan Cheng Hoe memanggil pemain menyertai kem latihan dalam rangka persiapan menghadapi Piala AFF Suzuki pada penghujung tahun ini.

Malaysia Harimau Malaya Harimau Muda Misi Bersama 2021-2022
FOTO: FAM

“Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat keputusan untuk memulangkan semula tarikh bagi panggilan skuad kebangsaan, Harimau Malaya bagi jendela perlawanan antarabangsa FIFA dari 30 Ogos hingga 7 September ini kepada badan pengendali Liga Malaysia, Malaysian Football League (MFL) untuk dilangsungkan perlawanan Liga Malaysia 2021 pada tempoh tersebut,” ujar kenyataan tersebut pada hari ini.

“Ia berikutan permohonan FAM untuk mengadakan dua perlawanan antarabangsa di negara ini yang membabitkan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe dalam tempoh jendela FIFA itu sehingga ke hari ini masih belum mendapat sebarang kebenaran atau kelonggaran yang diperlukan untuk pengendalian perlawanan antarabangsa ini.

“Disebabkan itu, negara-negara antarabangsa lain yang terlibat tidak dapat menunggu lagi untuk kebenaran yang perlu didapati daripada FAM dan mereka terpaksa membuat keputusan untuk membuat perancangan lain bagi pasukan masing-masing.”

Selepas pengesahan tersebut, FAM bagaimanapun enggan membuang masa dan terus melakukan rundingan bagi mendapatkan lawan yang sesuai pada jendela perlawanan antarabangsa berikutnya iaitu dari 4 hingga 12 Oktober 2021.

Selain daripada Piala AFF Suzuki 2020 yang dijadualkan pada Disember hadapan, skuad Harimau Malaya turut perlu mengharungi Pusingan 3, Kelayakan Piala Asia 2023 bermula Februari tahun depan.

Sebelum ini skuad negara dikatakan bercadang untuk berhadapan Palestin dan juga Taiwan, namun kini hasrat itu jelas terpaksa ditangguhkan buat masa ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN