Harimau Malaya Dan Garuda Bertukar Tempat, Malaysia Jatuh Ke Kedudukan Paling Teruk!

Jatuh lagi! Itulah rumusan ranking pasukan Malaysia kali ini. Ranking Harimau Malaya kini berada di tangga ke-170. Ia adalah ranking yang paling teruk! Malaysia pernah berada di ranking yang sama pada 2015.

Agak ironi apabila pasukan seteru serumpun kita Indonesia yang sebelum ini berada di ranking ke-170 naik 4 anak tangga dan kita turun 4 anak tangga.

Jadi, Indonesia mengambil alih kedudukan pasukan Malaysia sebelum ini dan begitu juga sebaliknya.

Indonesia terus meningkat di dalam ranking dunia selepas bola sepak mereka kembali ‘dibuka’. Singapura jatuh 11 anak tangga ke kedudukan 173.

Skuad Nelo Vingada hanya bermain menentang Hong Kong dalam kalendar bulan Oktober dan tewas. Ini selepas perlawanan persahabatan menentang Macau dibatalkan.

Manakala perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Korea Utara ditangguhkan sekali lagi atas sebab-sebab diplomatik.

Untuk ranking global, skuad Jerman kekal di kedudukan no.1 dunia. Brazil di tangga kedua diikuti Portugal dan Argentina. Peru naik 2 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-10.

Iceland naik 1 anak tangga ke kedudukan ranking ke-21 dunia. Scotland antara pasukan yang naik mendadak. Mereka naik 14 anak tangga ke kedudukan 29 dunia.

Iran kekal pasukan terbaik di Asia dengan ranking ke-34 meskipun turun 9 anak tangga kali ini.

Filipina pasukan di ranking tertinggi untuk AFF dengan berada di tangga ke-116. Naik 7 anak tangga.

Diharap pasukan Harimau Malaysia dapat memperbaiki ranking kita selepas ini dengan lebih banyak perlawanan antarabangsa.

Selamanya Harimau Malaya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN