Harimau Malaya Bakal Uji Kekuatan Bersama Negara Dari Eropah?

Skuad Harimau Malaya kini dilihat berpeluang untuk mengadakan aksi persahabatan bersama negara-negara dari benua Eropah selepas melihat beberapa situasi untuk masa akan datang.

Bawah kendalian Pau Marti Vicente, pastinya pelbagai perkara baharu ingin dibentuk oleh jutulatih tersebut selepas Malaysia kehilangan khidmat Kim Pan-gon yang melepaskan jawatan tersebut.

Kim yang tampil selaku antara jurulatih terbaik Harimau Malaya terdahulu sah mengucapkan selamat tinggal buat peminat bola sepak tempatan menerusi peletakan jawatan dibuat beliau secara drastik.

Keputusan drastik itu menyaksikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu mengambil tindakan pantas untuk melantik Pau Marti selaku pemangku jurulatih Harimau Malaya kini.

Memandangkan kini kerusi kejurulatihan Harimau Malaya dihuni oleh Pau Marti, pastinya ramai penyokong bola sepak tempatan menginginkan perubahan baharu atau mengekalkan konsistensi positif telah dibawa oleh Kim sebelum itu.

Malah, persoalan juga timbul jika Pau Marti mampu mengajak mana-mana negara di benua Eropah untuk cuba diuji dalam aksi persahabatan akan datang.

Ini kerana Pau Marti hadir dengan latar belakang dari Eropah dan pernah menjadi jurulatih pembangunan buat skuad Barcelona di Sepanyol suatu ketika.

FAM sendiri ketika ini tampil menyatakan mereka tidak menolak skuad kebangsaan mungkin mengadakan aksi persahabatan bersama pasukan dari benua Eropah atau Amerika Latin pada masa hadapan.

Menurut Datuk Noor Azman Rahman selaku Setiausaha Agung FAM, menerusi pengaruh dimiliki oleh Pau Marti di Eropah sebelum itu, hasrat untuk melihat Malaysia berdepan dengan pasukan dari Eropah atau Amerika Selatan mungkin dapat direalisasikan.

Malah, FAM sendiri menyerahkan segala keputusan buat Pau Marti sendiri untuk menentukan hala tuju pasukan kebangsaan bagi aksi persahabatan kelak.

“Kita tidak memaksa atau meletakkan garis panduan kepada Marti untuk mengadakan perlawanan persahabatan membabitkan Harimau Malaya kelak.

“Kemungkinan itu ada (lawan pasukan Eropah) kerana rangkaian dan hubungan yang dimiliki Marti. Namun beliau mungkin sudah ada perancangan untuk pasukan Harimau Malaya.

“Kita serahkan pemilihan pasukan untuk perlawanan persahabatan kepada Marti kerana beliau mengetahui lebih mendalam apa yang diperlukan skuad Harimau Malaya,” kata beliau menerusi petikan Harian Metro.

Pandangan anda?

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN