Harimau Malaya Ada Peluang Di Thailand – Nelo Vingada

Jurulatih skuad kebangsaan, Nelo Vingada kini lebih optimis susulan keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memutuskan kedua-dua perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 menentang Korea Utara dilangsungkan di Thailand pada 10 dan 13 November ini.

Setakat ini, skuad Harimau Malaya masih belum mencatat sebarang kemenangan dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2019 yang menyaksikan Malaysia berada di kedudukan terakhir Kumpulan B dengan satu mata daripada tiga perlawanan, namun keputusan positif menentang Korea Utara akan menyalakan semula peluang Harimau Malaya mendapat tempat ke Final Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lubnan selesa mendahului kumpulan dengan 10 mata, perbezaan lima mata di depan pasukan tempat kedua, Hong Kong sementara Korea Utara berada di tempat ketiga dengan dua mata.

Baru-baru ini AFC mengumumkan penangguhan perlawanan pertama Kumpulan B antara Korea Utara dengan Malaysia akan dijalankan di Thailand pada 10 November ini, manakala aksi kedua di mana Malaysia menjadi tuan rumah, juga akan diadakan di Thailand tiga hari selepas itu.

Jadual asal yang ditetapkan berlangsung di Pyongyang sebelum ini telah ditunda kerana berlaku ketegangan politik diantara Malaysia dan Korea Utara dan juga pengharaman oleh Kerajaan Malaysia pada rakyatnya yang ingin berkunjung ke Korea Utara.

Stadium yang akan digunakan untuk perlawanan ini serta waktu sepak mula akan diumumkan kelak oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Setiausaha agung AFC, Dato’ Windsor John berkata, “Kami sangat bersyukur kerana FA Thailand memberikan sokongan mereka untuk mengadakan perlawanan ini. FA Thailand akan berkerjasama memastikan AFC mengekalkan integriti kesukanan dalam pertandingan kelayakan Piala Asia ini ”

Barisan skuad negara ketika menentang Hong Kong. Kredit Foto: Facebook HK League.

Namun begitu, Nelo menyifatkan Malaysia masih ada peluang untuk mara ke Piala Asia 2019 jika berjaya menewaskan Korea Utara.

“Saya tak mahu katakan sama ada bermain di Thailand akan menjadi kelebihan buat Malaysia tetapi yang pastinya ia menjimatkan masa perjalanan (buat perlawanan pertama). Cuaca di Thailand juga lebih kurang sama dengan kita berbanding di Pyongyang, yang kini sejuk,” kata Vingada.

“Perubahan venue memberikan kami lebih peluang untuk mengutip mata dalam perlawanan di Thailand. Tetapi sudah pasti, kami akan menjadi tuan rumah di venue yang sama.

“Saya yakin kami mempunyai 50 peratus peluang untuk keputusan yang baik, tetapi ia akan menjadi sengit di mana hanya ada tiga hari rehat di antara kedua-dua perlawanan.

“Ia juga akan menjadi masalah jika pemain kita cedera pada perlawanan pertama,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN