Nikmati Pengalaman Hari Perlawanan Di Old Trafford Dengan Time Lapse Ini

Hari perlawanan di Old Trafford adalah impian semua peminat Manchester United dan juga segelintir penyokong seteru mereka yang mahu menyaksikan pasukan mereka menentang United di sana.

Jangan nafikan! Jika anda adalah seorang peminat kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester United, pasti anda pernah atau sedang memasang impian untuk berkunjung ke Old Trafford.

Jangan bimbang. Jika anda memasang impian untuk berbuat demikian, bolehlah merancang mulai sekarang.

Sama ada anda mampu untuk terbang terus atau perlu menabung serta merancang bajet, pastikan anda tidak ketinggalan untuk merasakan sendiri suasana hari perlawanan di Stadium Old Trafford satu hari nanti.

Menabunglah. Bak kata pepatah Melayu, “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Sebelum anda menonton video ‘time lapse” yang kami kongsikan ketika hari perlawanan, mari kita baca sedikit info mengenai Old Trafford.

Sejarah

Stadium Old Trafford atau “The Theatre of Dreams” sebagaimana ia dinamakan oleh lagenda Manchester United, Sir Bobby Charlton adalah stadium kedua terbesar di England.

Selain daripada penganjuran Piala Dunia 1960, Old Trafford juga pernah menjadi tuan rumah kejohanan Euro 1996 dan Sukan Olimpik 2012 bagi acara sukan bola sepak.

Jelajah Stadium

Stadium yang digunapakai oleh Manchester United ini mulai digunakan pada 19 Februari 1910. Old Trafford terdiri daripada 4 grandstand berbumbung.

“North Stand” yang kemudiannya dikenali sebagai “Sir Alex Ferguson Stand” adalah bahagian terbesar di stadium tersebut dengan kapasiti 26,000 penonton.

Ini diikuti oleh Sir Bobby Charlton Stand (Selatan), Stretford End (Barat) dan Scoreboard End (Timur).

Rekod

Stadium yang digunapakai oleh Manchester United ini mulai digunakan pada 19 Februari 1910.

Sebelum diubahsuai, rekod kehadiran di Old Trafford adalah seramai 76,962 penonton ketika separuh akhir Piala FA 1939 melibatkan pasukan Wolverhampton Wanderes dan Grimsby Town.

Rekod kehadiran melibatkan Manchester United pula ialah 76,098 ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Blackburn Rovers  pada 31 March 2007.

Setelah beberapa siri ubah suai, Old Trafford pada hari ini berkapasiti 75,643.

No.6?

Manchester United mencipta rekod dengan mendiami kedudukan ke-6 selama 105 hari (terpanjang dalam sejarah Liga Perdana Inggeris).

Namun begitu, Old Trafford masih menarik kunjungan penyokong “The Red Devils” dengan purata kehadiran seramai 75,228 melibatkan pasukan bimbingan Jose Mourinho itu.

Mungkin disebabkan oleh faktor kapasiti, Old Trafford masih memiliki kehadiran teramai menonton Manchester United beraksi berbanding dengan stadium dan kelab Liga Perdana Inggeris yang lain.

 
Baca juga: Adakah Ini Petanda Mauricio Pochettino Akan Menjadi Pengurus Baru Barcelona?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN